Modifikasi

MITSUBISHI LANCER EVO 6 – EDISI MAMPU MILIK

Sejak kebelakangan ini, saya rasa macam Mitsubishi Evo CK tiba-tiba jadi popular. Beberapa sesi fotografi yang kami buat sepanjang sebulan dua ini menyaksikan banyak model sebegini diubah suai.

SONY DSC

Tahukah anda bahawa Mitsubishi Lancer CK kebanyakannya datang dari Sabah dan Sarawak? Inilah yang uniknya. Kereta-kereta recond di sana agak pelik kerana mereka lebih suka memilih Toyota Ipsum, Nissan Presage dan Suzuki Wagon R yang sezaman dengan Lancer ni.

Saya fikir, mungkin ia lebih murah di sana apabila cukainya diisytihar lebih rendah berbanding Semenanjung. 10 tahun kemudian, kereta-kereta seperti ini banyak mendarat di Semenanjung dan tibalah giliran orang sini pula yang membuat modifikasi.

BACA – LANCER EVO 6 KIT D4MD

BACA – EVO 6.5 EDISI TOMMI MAKKINEN

Lancer ini dibeli oleh pemiliknya,  Yen beli beberapa tahun lepas dan sudah menjalani perubahan lazim pada sebuah Lancer.

Baiklah, benda pertama yang dibuat sudah tentu menjadikannya Evo tulen adalah dengan menyalin enjin 4G63 lagenda itu. Kepala selinder kemudiannya diport dan polish, cam pulley dan cam HKS 272 dimasukkan dan turbin TD06 225 dipasang.

SONY DSC

Tiga benda ini saja dapat meningkatkan kuasanya lebih 300hp dengan mudah. Inilah kelebihan enjin dua liter turbo Jepun. Usik sikit-sikit dah dapat berpuluh-puluh kuasa kuda. Cuba modified BMW atau Scirocco ke tengok, habis beratus ribu, laju sekejap pastu DSG koyak.

Seperti juga kereta Evo atau lebih tepatnya turbo Jepun, aksesori yang berkaitan pastinya wajib dipasang. Antaranya ialah wastegate Tial, injap blow-off HKS SSQV,injektor tambahan SARD 750cc, fuel regulator Sard, intercooler HKS dan radiator Forged.

Sistem ekzos menampilkan set lengkap titanium FGK dengan diameter paip 3 inci dari depan sampai belakang. Pengakhiran ubah suai ni ialah sebuah komputer Haltech Sprint 500.

MITSUBISHI EVO CK

Perkara yang tak pernah orang buat pada Evo begini ialah transmisi automatik. Boleh dan tak salah, tapi tempanglah kereta dah buat enjin bagai, akhirnya guna kotak gear  pakai automatik. Baiklah, kereta ni dipadankan dengan sistem 4WD asal Evo 6 bersama pelapik klac HKS.

Kuasa enjin kemudian dialihkan ke permukaan jalan menerusi roda TE37 18 concave yang dihasilkan semula oleh Rota. Rim ini dibalut dengan tayar Continental 245/40. Kenapa tayar lebar sangat? Sebab rim ini pun lebarnya 9 ½ inci di luar kebiasaan.

Offsetnya juga cukup kembang pada sudut +25mm dari hub tengah. Barulah nampak gemuk dan sasa. Untuk memberhentikan kereta, Yen memasang terus brek asal 4 pot Brembo depan dan belakang. Kalau offset rim kembang macam tu masuk 12 pot AMG pun saya rasa tak ada masalah. Akhir untuk bahagian pengendalian ialah set lengkap adjustable TEIN Type FLEX.

SONY DSC

Apabila tengok bahagian dalaman, terus letak darjat tinggi bila nampak set kerusi Recaro Tommi Makkinen. Selain Recaro 6.5, aksesori dalamannya dilengkapi dengan set meter Defi, APExi RSM, timer dan pemain Pioneer. Bosan dengar ekzos dengan blow-off boleh dengar lagu Uji Rashid.

Tiada ada yang luar biasa tentang bodykit Evo ini. Senang cakap, daripada sebuah Lancer biasa, terus dipasang dengan kit Evo 6 dan bumper Makkinen. Apa yang nampak mungkin outstanding sikit ialah rangka fender dan bonet depan buatan gentian karbon. Tak dilupakan, side mirror karbon pun ada.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button