Motosikal

SUZUKI V-STROM 250SX AKAN DINAIK TARAF DENGAN VVT

Suzuki V-Strom 250SX bakal dinaik taraf dengan sistem Variable Valve Timing (VVT) berdasarkan paten terbaru yang difailkan di Jepun. 

Tinjauan di beberapa media antarabangsa mendapati kilang Hamamatsu akan memperkenalkan sistem VVT tersebut pada model satu silinder 250cc termasuk V-Strom 250SX, Gixxer 250 dan Gixxer SF 250. 

*paten menunjukkan sistem VVT

Difahamkan, sistem VVT itu dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kuasa namun fokus utama terarah pada meningkatkan kecekapan sistem bahan api dan mencapai standard emisi yang semakin ketat. 

Teknologi VVT bukan perkara baru bagi Suzuki selepas sistem mekanikal yang diilhamkan dari jentera GSX-RR di MotoGP itu dibawa pada GSX-R1000 pada 2017.  

*GSX-R1000

Pada GSX-R1000, sistem VVT tersebut bergantung sepenuhnya pada centrifugal force untuk mengoperasikan cam timing. 

Memperkenalkan VVT pada motosikal berkapasiti kecil membantu memastikan model yang terlibat dapat terus dijual di pasaran global terutamanya yang mematuhi emisi Euro5+. 

Namun begitu, Suzuki agak ketinggalan memandangkan pesaing terdekat, Yamaha telah pun memperkenalkan sistem sama – dikenali sebagai Variable Valve Actuation (VVA) – pada Y16ZR, R15 dan MT15. 

Google ads
Back to top button