Motosikal

TERKINI: SUPERMOPED MODENAS GT150 DIKESAN JALANI UJIAN JALAN RAYA?

Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa MODENAS merancang untuk melancarkan supermoped sulung pada tahun ini. 

Kami difahamkan, supermoped yang diberi nama GT150 itu akan diperkenalkan di Malaysia sekitar Oktober 2025. 

Terbaru, salah seorang pengikut Mekanika dengan akaun Anwar Md Toha telah berkongsi rakaman sebuah motosikal yang didakwa sebagai supermoped tersebut. 

Walaupun ditutup dengan grafik camo namun video berdurasi 32 saat itu jelas menampakkan sebuah motosikal jenis kapcai. Difahamkan motosikal berkenaan sedang menjalani ujian di Lebuhraya Utara Selatan sekitar Bukit Kayu Hitam. 

Turut menemani motosikal berkenaan adalah sebuah skuter Modenas Karisma EX 125.

Berdasarkan rakaman, jelas menampakkan beberapa ciri antaranya lampu LED depan dan belakang, penggunaan rim 17-inci, cakera brek tunggal depan dan belakang dan fork teleskkopik. 

Meskipun sukar dilihat namun kami yakin motosikal berkenaan akan dilengkapi dengan ABS secara standard memandangkan motosikal yang didaftarkan VTA bermula 1 Januari 2025 diwajibkan mempunyai ABS. 

Memandangkan ujian sedang giat dijalankan maka laporan awal kami bahawa motosikal tersebut akan dilancarkan tahun ini akan menjadi kenyataan. 

Google ads
Back to top button