Motosikal

YAMAHA AEROX 155VVA R-VERSION DI INDONESIA – DUA WARNA BARU, PERAK DAN KUNING

Yamaha Indonesia dilihat kembali menyegarkan penampilan model skuter rangginya, Aerox 155VVA R-Version menerusi dua warna baru.

Dikenali sebagai Yamaha VNX di pasaran Malaysia, Aerox 155VVA R-Version kini hadir dengan warna perak (matte silver dan kuning (racing yellow).

Warna perak diinspirasikan daripada Yamaha YZF-R1M. Manakala warna kuning pula diambing daripada pelekat lagendari pada jentera lumba Yamaha dalam MotoGP. 

Jentera yang dikenali sebagai Personal Sport Scooter itu dilengkapi teknologi enjin Blue Core dan Variable Valve Actuation (VVA) untuk tunggangan yang mantap dan menjimatkan bahan api.

Sama seperti model sebelumnya, skuter tersebut dilengkapi lampu utama dan lampu belakang LED. Penampilan sporty diserlahkan lagi menerusi penggunaan tayar belakang tanpa tiub yang cukup lebar.

Aspek kemudahan penunggang ditambah baik menerusi penggunaan speedometer digital,  soket kuasa dan ruang penyimpanan barang seluas 25 liter.

Tidak berkompromi dengan ciri keselamatan, Aerox 155VVA R-Version menggunakan brek cakera jenis beralun, suis mematikan enjin pada tongkat dan sistem kunci pintar.

Yamaha Indonesia berharap Aerox 155VVA R-Version dapat menarik perhatian ramai pengguna yang mahukan skuter lebih sporty.

Yamaha Aerox 155VVA R-Version ditawarkan pada harga Rp 24,550,000 (RM7,140) seunit.

BACA: YAMAHA INDONESIA PERKENAL NVX (AEROX) 2018 – SUSPENSI BELAKANG BAHARU? 

Google ads
Back to top button