Motosikal

HONDA MUNGKIN HASILKAN SEMULA MODEL MINI DAX. GUNA ENJIN SAMA MACAM MSX125

Honda dilapor mungkin akan menghidupkan kembali model mini popularnya, Dax, berikutan nama ST125 sudah difailkan untuk tanda dagang.

Mungkin ramai yang tidak mengenali Dax, tetapi bayangkan sahaja model MSX125 atau Grom pada tahun 1960 hingga 1970-an.

Dax diperkenalkan di pasaran Jepun serta Eropah. Ia dikenali sebagai ST Series melibatkan model ST50, ST70 dan ST90 di Amerika Syarikat.

Jentera kecil itu dikuasakan oleh enjin silinder tunggal OHV dengan sistem penyejukan udara dan menggunakan kerangka besi jenus T-bone. Memang langsung tidak laju, tetapi Dax mempunyai peminat tersendiri kerana reka bentuknya yang aneh.

Model ST125 baharu nanti dijangka dilengkapi enjin silinder tunggal 125cc yang kini dipasang pada MSX125/Grom. Enjin itu mampu menjana kuasa sekitar 10bhp dan dipadankan bersama kotak gear empat kelajuan.

Pemfailan tanda dagang bukan satu-satunya bukti motosikal itu bakal Kembali. Malah, nama Trailsport juga telah dipatenkan.

Untuk makluman, Trailsport ialah nama bagi model ST90 Dax yang dijual di pasaran Amerika Utara.

Google ads
Back to top button