Motosikal

HONDA FAILKAN PATEN BOLEHKAN MOTOSIKAL DIKAWAL OLEH MINDA

Honda dilapor telah memfailkan paten paling gila setakat ini yang membolehkan sebahagian motosikal dikawal terus oleh minda penunggangnya.

Begini, motosikal sememangnya dikawal oleh kuasa minda. Maksudnya, kita berfikir dan otak menghantar mesej ke anggota badan yang mengawal motosikal.

Tetapi, paten ini menunjukkan Honda berpendapat ada cara yang lebih efisien untuk melakukannya, di mana isyarat daripada otak boleh memberi kesan ke atas tingkah laku motosikal.

Idea itu bukanlah bermaksud apabila penunggang fikir ‘kiri’, motosikal akan membelok ke sebelah kiri. Sebaliknya, sistem itu lebih kepada mengubah setting dan sistem bantuan motosikal.

Topi keledar dipasang dengan satu set sensor neural yang boleh mengesan aliran fikiran daripada otak penunggang.

Mesej kemudian dihanyar ke komputer motosikal yang mungkin menafsirnya dan mengubah suai talaan berdasarkan kepada kehendak penunggang.

Apa yang peliknya, paten itu menyebut tentang beberapa aksi ekstrem dan diharamkan di beberapa buah negara seperti wheelie, stoppie, burnoit dan drift.

Bagi memastikan semua ciri ini boleh berfungsi, motosikal berkenaan perlu dilengkapi sistem pengumpulan data yang super komprehensif dan bukan sekadar sebuah IMU.  

Jadi, sebelum penunggang boleh menaikkan roda hadapan atau belakang, pengiraan kompleks perlu berlaku dalam otak mereka. Mereka perlu menganalisa aspek kelajuan, jarak dengan kenderaan lain, selekoh jalan, sudut senget dan sebagainya.

Semua ini perlu dilakukan dalam masa yang sangat pantas. Ada ke sistem elektronik boleh melakukan semua itu?

Google ads
Back to top button