Motosikal

ADAKAH MARQUEZ AKAN IKUT LANGKAH ROSSI TINGGALKAN HONDA SATU HARI NANTI?

Valentino Rossi sememangnya adalah salah seorang pelumba terhebat dalam sejarah MotoGP tapi kini Marquez semakin menempa nama dan tidak mustahil akan menjadi sehebat Rossi dalam sedikit masa. Ramai penganalisa berpendapat yang Rossi akan mempengaruhi Marquez untuk meninggalkan Honda satu hari nanti. Kini pelumba Sepanyol itu dalam misi untuk memburu kejuaraan MotoGP keenam beliau.

Walaupun gagal merebut tempat pertama di Austria minggu lepas, Marquez masih kekal mendahului dengan kelebihan 58 mata selepas bersaing dengan hebat pada pusingan terakhir dengan Andrea Dovizioso.

Pelumba berusia 26 tahun tersebut memang telah mengukir kejayaan bersama Honda dan kerap menyatakan beliau akan kekal bersama Honda dan masih belum berminat untuk menyertai pasukan lain.

Salah seorang penganalisa sukan ini, Neil Hogson menyatakan yang beliau yakin Marquez akan berusaha mengatasi ataupun menyamai rekod Rossi sebelum mengorak langkah ke pasukan lain.

Biasalah nak jaga hati bos, mestilah cakap semuanya okey dan saya pun gembira dengan pasukan sekarang. Malah skrip Marquez memang sama dengan mana-mana pelumba sekalipun kecuali jika anda sudah tidak puas hati seperti yang disuarakan oleh Johann Zarco kepada KTM sebelum ini.

Jika Marquez menang lagi tahun hadapan seperti diramalkan pemerhati dan peminat, beliau akan menyamai rekod Rossi yang memenangi 9 kejuaraan dunia. Tapi kemungkinan beliau akan kekal untuk mencatat rekod ke sepuluh bersama Honda sebelum mencuba jentera yang berbeza. Siapa tahukan? Hari-hari sarapan makan roti canai mana tahan, nak juga cuba nasi dagang sekali-sekala.

Tapi Marquez bukanya pelumba bodoh, dia tahu dengan berpindah ke pasukan lain, peluang untuk menang mungkin sukar. Rossi sendiri contohnya sudah dua hampir dua tahun terkial-kial bersama Yamaha tanpa sebarang kejuaraan. Ia memang satu langkah yang cukup berisiko. Silap-silap ke laut weh.

Satu lagi ramalan ialah Marc berhasrat untuk berada dalam satu pasukan bersama adik beliau Alex yang kini berada dalam Moto2. Dengan prestasi rakan sepasukan Marquez, Jorge Lorenzo, yang sering ditimpa masalah. Tidak mustahil tempat beliau akan digantikan oleh Alex dalam setahun dua lagi.

Ia mungkin satu langkah bijak yang akan diambil oleh Honda jika mereka mahu terus menjadikan Marquez sebagai ayam tambatan mereka.    

Tags
Google ads
Back to top button