Motosikal

TAWAR HONDA ASTREA BLACK IMPRESSA 1997 PADA HARGA 100 JUTA RUPIAH (RM28.7K), PENJUAL SEDIA KENA MAKI

Sejak 22 April lalu, komuniti motosikal di Indonesia heboh apabila seorang lelaki ingin menjual sebuah Honda Astrea Black Impressa buatan tahun 1997 pada harga 100 juta rupiah (RM28,700). 

Sedangkan harga pasaran untuk motosikal sekarang cuma sekitar 30 juta rupiah (RM8,600). Setakat ini, tawaran paling tinggi yang pernah diterima ialah 50 juta rupiah (RM14,333) daripada pembeli dari kawasan Kudus dan Bekasi. 

Pemilknya, Hasan mengiklankan motosikalnya di laman Facebook dengan status: “Ok, ini bukan restorasi, original perawan dengan plat G C, harga 100 juta boleh runding. Silakan caci maki.” Hantaran itu kemudian menerima lebih 473  komen dan 427 tanda Like. 

“Jual sahaja kepada Astra om. Mungkin Astra boleh letak di dalam muziumnya. Kalau untuk penghobi, mungkin harganya masih terlalu mahal,” tulis Bimo Viddhi. 

Menurut laporan akhbar Tempo, adik Hasan iaitu Fani Poo memberitahu harga motosikal berwarna hitam dengan pelekat grafik merah itu masih boleh dirunding. Mungkin sekitar 85 juta rupiah (RM24,368) sehingga 90 juta rupiah (RM25,801). 

Dia juga mendakwa motosikal itu masih kelihatan cantik seperti baru keluar dari kedai. Sejak dibeli ia hanya ditunggang dari kedai sampai ke rumah yang jaraknya cuma 3 kilometer.

“Semuanya masih original. Tayar, pelana dan lain-lain masih cantik,” kata Fani yang memberitahu motosikal itu kini berada di Kabupaten Batang, Jawa Tengah. 

Tidak pernah bertukar tangan, jentera itu hanya diselimut dan belum pernah diservis sejak ia dibeli 23 tahun lalu. – Tempo 

Google ads
Back to top button