Buletin

TAWARAN PROTON SEMPENA MERDEKA

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57, Proton memberikan pelanggannya pilihan di antara dua pakej istimewa. 

promosi-merdeka-proton-mekanika (1)

Pakej itu akan nyata memberi manfaat kepada bakal pemilik dan pelanggan setia Proton. Menerusi promosi Bersamamu Malaysia, para pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM8,000 (bergantung kepada model) dan kadar faedah serendah 2.95 peratus.

Promosi Family First pula membolehkan pemilik sedia ada Proton untuk memiliki satu lagi kenderaan Proton dengan diskaun kesetiaan sebanyak lima peratus.

promosi-merdeka-proton-mekanika (4)

Promosi-promosi ini tidak boleh digunakan sekali. Pelanggan boleh memilih promosi yang memberikan mereka nilai tertinggi. Pembeli kenderaan baharu Proton juga akan menikmati pakej servis percuma selama tiga tahun dalam promosi ini.

“Kami menghargai sokongan para pelanggan setia kami. Penghargaan itu kami tunjukkan dengan memberikan diskaun khas sebanyak lima peratus (harga di atas jalan) untuk pembelian kereta Proton yang seterusnya.

promosi-merdeka-proton-mekanika (5)

“Promosi ini juga dipanjangkan kepada bapa, ibu, pasangan dan anak-anak. Jadi, kereta Proton mereka pada masa akan datang tidak semestinya didaftarkan dalam nama pelanggan setia,” kata Ketua Pegawai Ekskutif PROTON Holdings Berhad, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Tempahan boleh dibuat mulai sekarang hingga 30 September 2014 untuk tempoh pendaftaran bermula 31 Ogos hingga 15 Oktober 2014.

promosi-merdeka-proton-mekanika (7)

Untuk promosi Family First, pelanggan yang layak perlu menyediakan salinan kad pendaftaran model Proton yang dimiliki sekarang, Carian JPJ, resit asal dan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan hubungan mereka dengan pembeli.

Tawaran ini hanya sah melalui pembelian di outlet Proton Edar dan tidak boleh digunakan dengan mana-mana promosi lain.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button