Buletin

TEATRO FOR DAYZ

Nissan bakal mendedahkan model konsep unik yang dinamakan Teatro for Dayz di Tokyo Motor Show 2015. Teatro bermaksud teater dalam bahasa Itali. Ia adalah sambungan peranti pertama dan peranti mobiliti kedua.

Nissan-Teatro- for-Dayz-mekanika (1)

Walaupun rekaan yang diketengahkan begitu ringkas, namun kereta mini itu didatangkan dengan teknologi moden yang pelbagai. Sasaran pembeli kenderaan berkenaan difokuskan kepada generasi muda yang mengutamakan media sosial.

Justeru, pasukan pereka Nissan telah menukar kabin kereta kepada satu kanvas bersih seperti skrin iPad. Bahagian papan pemuka, tempat duduk, kemasan pintu dan panel instrument boleh memaparkan gambar dan imej bergerak.

Nissan-Teatro- for-Dayz-mekanika (3)

Nissan menyifatkannya sebagai kanvas masa depan. Malah semua tombol kawalan diganti dengan arahan suara dan kawalan gerakan.

Namun, Nissan menyatakan semua ciri berkenaan bergantung kepada tujuan model berkenaan digunakan. Maklumat yang diketengahkan boleh berubah. Ketika dikendalikan, panel instrumen digital akan menunjukkan data navigasi. Tetapi apabila kenderaan diparkir, informasi itu akan hilang dan diganti dengan gambar.

Nissan-Teatro- for-Dayz-mekanika (5)

Masih tidak diketahui enjin untuk model ini. Nissan bagaimanapun menyatakan ia bakal menjadi jentera elektrik masa depannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button