Buletin

ENJIN 3.9L V8 FERRARI MENANG ANUGERAH ENJIN TAHUNAN (4 KALI BERTURUT-TURUT)

Biasa apabila membaca tentang kos menyelenggara model eksotik seperti Ferrari atau Lamborghini akan terasa terkejut dek kosnya yang tinggi.

Kos daripada empat hingga lima angka itu biasa dan tertanya juga apa yang membuatkannya begitu mahal sekali?

Satu puncanya ialah kereta sebegitu tidak dikeluarkan dalam jumlah yang banyak. Kurang skala ekonomi dan ini sifir biasa dalam bidang pengeluaran.

Ferrari 488 Pista Spider

Walau bagaimanapun, kos yang tinggi atau kekerapan penyelenggaraan tidak bermakna ia tidak bermutu.

Ferrari telah membuktikannya dengan sekali lagi memenangi anugerah keseluruhan Enjin dan Nadi Kuasa Antarabangsa Tahun 2019 (International Engine & Powertrain of the Year). 

Ini adalah kali keempat berturut-turut enjin 3.9 liter V8 memenangi anugerah tersebut.

Keunggulan enjin Ferrari itu lebih menyerlah apabila tiada lagi enjin dari pengeluar lain yang mencatatkan kejayaan serupa dalam masa 21 kali anugerah ini dianjurkan.

Ferrari jelas mengenai skala ekonomi dan enjin 3902 cc V8 tersebut digunakan pada banyak model seperti 488 GTB, 488 Spider, 488 Pista dan 488 Pista Spider.

Selain anugerah tahunan, enjin tersebut turut merangkul anugerah Enjin Prestasi dan dua lagi kategori iaitu Unit Kuasa Terbaik melebihi 650 PS untuk enjin 3902 cc dan 550 hingga 650 PS untuk enjin 3855 cc (Portofino dan GTC4Lusso T).

Enjin Ferrari 488 Pista Spider

Kehebatan Ferrari memang jelas, sepanjang penganjuran Enjin dan Nadi Kuasa Antarabangsa Tahunan, Ferrari telah pun mengumpul sebanyak 31 jenis pelbagai anugerah. 

Selepas era kegemilangan enjin V8, Ferrari sedang menumpukan perhatian kepada enjin hibrid pula.

Iya, pada masa akan datang pengguna akan ditawarkan dengan Ferrari yang bernadikan enjin hibrid.

Enjin Ferrari 488 GTB

Kami tidak dapat mengagak apa reaksi peminat atau pasaran tetapi hakikatnya ialah beberapa jenama kereta eksotik lebih ke hadapan dengan nadi kuasa elektrik masing-masing.

Jika Ferrari mengikut langkah tersebut pada masa depan kami tidak dapat bayangkan sebuah kuda merah memecut tanpa deruman enjinnya yang seksi.

Ferrari 488 GTB

Spesifikasi Teknikal Ferrari 488 Pista:

ENJIN  
Jenis
Saiz
Bore and stroke
Kuasa maksimum
Tork maksimum
Kelajuan enjin maksimum
Nisbah mampatan
90-darjah V8 turbo
3902 cc
86.5 x 83 mm
530 kW (720 cv) @ 8000 rpm
770 Nm @ 3000 rpm
8000  rpm
9.6:1
   
PENGGUNAAN  MINYAK/EMISI CO 2  
Penggunaan minyak
CO2
12.4l/100 km
282 g/km
   
Spesifikasi Teknikal Ferrari Portofino dan GTC4Lusso T:
 
   
ENJIN  
Jenis
Saiz
Bore and stroke
Kuasa maksimum
Tork maksimum
Kelajuan enjin maksimum
Nisbah mampatan
90-degree V8 turbo
3855 cc
86.5 mm x 82 mm
441 kW (600 cv) – 449 kW (610 cv) @ 7500 rpm
760 Nm di antara 3000 hingga 5250 rpm
7500 rpm
9.45:1 – 9.4:1
   
PENGGUNAAN  MINYAK/EMISI CO 2  
Penggunaan minyak
CO2
11.7– 12.9 l/100 km
267 – 294g/km 

Google ads
Back to top button