Buletin

HONDA INSPIRE GENERASI BAHARU BAKAL LANCAR DI CHINA. 1.5L N/A, 189HP, MUKA MACAM STORMTROOPER STAR WARS

Honda bakal melancarkan Honda Inspire generasi keenam yang akan ditawarkan secara eksklusif di China, sama seperti generasi sebelumnya.

Ya, seperti dapat kita lihat pada foto, model ini mempunyai banyak persamaan dengan Accord generasi kesebelas yang tersedia di pasaran AS. Perbezaannya tertumpu pada bahagian hadapan serta belakang, seperti kebanyakan kembar Honda di China.

Honda Inspire mempunyai dimensi 4,979mm panjang, 1,862mm lebar dan 1,449mm tinggi, dengan jarak roda 2,830mm. Ini menjadikannya 9mm lebih panjang berbanding Accord.

Walaupun Honda keluaran China yang lain diakui lebih menarik daripada versi global seperti duo Integra atau Civic, tetapi ia tidak berlaku dengan Inspire.

Sedan bersaiz sederhana itu mengekalkan lampu depan LED nipis Accord, tetapi reka bentuk gril menjadikannya kelihatan seperti kenderaan bertema Stormtrooper Star Wars. Bampar hadapan juga telah direka bentuk semula dengan corong kemasukan udara terpisah yang mengingatkan kita kepada Honda Civic.

Di bahagian belakang, Inspire mempunyai lampu belakang yang lebih nipis berbanding Accord. Manakala pintu bonet belakang disertakan dengan spoiler, selain terdapat vertical reflector dan peresap udara tabf lebih sporty.

Honda Inspire didatangkan dengan enjin petrol 1.5 liter empat silinder tanpa pengecas turbo yang dihasilkan oleh Dongfeng. Enjin tersebut menjana kuasa sehingga 189hp dan dipadankan dengan kotak gear CVT.

Kita akan mengetahui lebih lanjut tentang Honda Inspire kerana syarikat itu merancang untuk melancarkannya secara rasmi di China dalam beberapa bulan akan datang.

Google ads
Back to top button