
TEMPAHAN TOYOTA COROLLA ALTIS 2019 SUDAH DIBUKA. HARGA BERMULA RM129K
UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk sedan Toyota Corolla Altis serba baharu sudah dibuka.
Bakal dilancarkan tidak lama lagi, anda boleh menempahnya di mana-mana bilik pameran sah Toyota di seluruh negara.
Corolla Altis 2019 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.8E dan 1.8G pada harga RM128,888 dan RM136,888 seunit.

Seperti yang boleh dilihat, sedan itu telah direka semula sepenuhnya menggunakan platform TNGA baharu. Jadi, Corolla Altis mampu memberikan aspek prestasi, dinamik pemanduan dan kelesaan demi memenuhi ekspektasi pelanggan.
Ia juga bakal dilengkapi pelbagai ciri sofistilkated dan sistem keselamatan bersepadu Toyota Safety Sense (TSS). TSS menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan mengujakan.
Menjadi antara model terawal dipasang di Malaysia kira-kira 50 tahun lalu, Corolla sememangnya laris di pasaran dunia.
Maklumat lanjut mengenai tempahan, sila layari laman web toyota.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar Toyota berhampiran anda.
- BACA: TOYOTA COROLLA AE91G WAK-WAGON
- BACA: #IKLANPILIHAN: TOYOTA COROLLA WAGON. CEPAT CEPAT!
- BACA: TOYOTA COROLLA GR SPORT 2020 – NAIK TARAF KOSMETIK GAZOO RACING
- BACA: TOYOTA COROLLA SEDAN BAHARU – REKAAN MENARIK, BAKAL DIJCUAL DI LEBIH 150 BUAH NEGARA