Buletin

TERIMA RESPON NEGATIF, BMW HENTI PERKHIDMATAN BERASASKAN LANGGANAN

BMW baru-baru ini mengesahkan bahawa ia akan menamatkan langganan tempat duduk yang dipanaskan gara-gara mendapat maklum balas negatif dari pelanggan.

Seperti boleh anda bayangkan, pemilik BMW menyatakan tidak puas hati selepas terpaksa membayar langganan sekiranya ingin mengaktifkan fungsi tempat duduk dipanaskan pada kenderaan baharu mereka.

Ahli lembaga jualan dan pemasaran BMW, Pieter Nota berkata pelanggan tidak memberi maklum balas begitu baik kepada perkhidmatan langganan untuk ciri yang mereka jangkakan sebagai standard.

“Kami akan menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan dengan menawarkan peluang untuk mengaktifkannya, tetapi penerimaan pengguna tidak begitu baik.

“Orang ramai merasakan bahawa mereka perlu membayar dua kali ganda, di mana ia sebenarnya tidak benar, tetapi persepsi adalah realiti. Jadi itulah sebab kami menghentikannya.”

Walau bagaimanapun, BMW dikatakan bakal menambah perkhidmatan secara langganan khususnya untuk perisian serta produk berkaitan.

“Kami sebenarnya kini memberi tumpuan kepada ‘fungsi atas permintaan’ pada perisian dan produk berkaitan perkhidmatan, seperti bantuan memandu, bantuan tempat letak kereta atau untuk fungsi tertentu yang memerlukan penghantaran data.

“Kami dapati perkhidmatan berasaskan perisian, seperti memuat turun produk bantuan tempat letak kereta, diterima dengan baik,” jelasnya lagi.

Google ads
Back to top button