
KENA GARI PADA MOTOSIKAL POLIS
Tangan seorang pemuda dipercayai pengedar dadah digari pada bahagian belakang sebuah motosikal polis di Sao Paolo, Brazil baru-baru ini.
Kejadian itu dirakamkan oleh orang awam menerusi kamera yang menunjukkan pemuda berusia 18 tahun tersebut berlari mengikut pergerakan motosikal polis tersebut.
Pemuda itu digari pada motosikal berkenaan selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Pada mulanya, kenderaan tersebut dikejar polis selepas pemuda tersebut masuk ke dalam kenderaannya bersama dengan sebuah beg.
Beg itu dikatakan mengandungi dadah kanabis.
Pemuda itu pula pada awalnya melompat penghadang sebelum dia memasuki kenderaannya.
Semasa polis mengejar kenderaannya, pemuda itu cuba untuk membuang beg sandang tersebut.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila kenderaan yang dipandu terbabas. – SH
- BACA: SUSPEK CURI KENDERAAN, LARIKAN JENTERA PERONDA POLIS KETIKA TANGAN BERGARI
- BACA: POLIS JUMPA DUA BEG BERISI RM12.5 JUTA DALAM BONET KERETA
- BACA: PRANK TANGAN KAKI MANUSIA TERKELUAR DARI VAN. LELAKI KENA SOAL SIASAT POLIS
- BACA: LELAKI SOLAT TENGAH JALAN PESAKIT MENTAL. TINDAKAN ANGGOTA POLIS TRAFIK DIPUJI NETIZEN









