Motosikal

TESLA CYBERQUAD KHAS UNTUK KANAK-KANAK. RM8,038 SEUNIT

Biarpun, Tesla Cybertruck ditangguhkan sehingga 2022, syarikat Amerika Syarikat (AS) itu tetap melancarkan Cyberquad khusus untuk kanak-kanak.

ATV elektrik terbabit didedahkan bersama Cybertruck pada tahun 2019 merupakan kolobarasi Tesla dengan Radio Flyer.

Cyberquad yang dibangunkan berdasarkan rekaan Cybertruck ditawarkan pada harga AS$1,900 (RM8,038).

Ia menampilkan kerangka besi dipadankan bar lampu LED, suspensi boleh laras, brek disc belakang dan tempat duduk berkusyen.

Cyberquad dijana kuasa pek bateri 36V lithium-ion yang boleh ditanggalkan mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 24 km.

Model berkenaan berupaya mencapai kelajuan maksimum sehingga 16 km/j.

Produk terbaharu Tesla itu direka untuk kanak-kanak 8 tahun ke atas dan boleh menampung berat sehingga 68 kg. – carscoops

Google ads
Back to top button