
TESLA BUANG HARGA LAGI DI CHINA
Tesla sekali lagi menurunkan harga kereta di China hingga menyebabkan saham kereta jatuh kerana terdapat kebimbangan langkah itu bakal mencetuskan semula perang harga.
Pembuat kereta itu menurunkan harga bagi versi Model Y Long Range dan Performance J sebanyak AS$2,930 (RM13,615) kepada AS$40,988 (RM190,471) serta AS$47,822 (RM222,229).
Selain itu, Tesla juga memanjangkan subsidi insurans AS$1,093 (RM5,079) untuk versi Standard sedan Model 3 sehingga hujung bulan September.

Pengurangan harga itu memberi bayangan bahawa bakal ada pemotongan serupa di pasaran A.S. dan juga Eropah tidak lama lagi.
Tindakan Tesla mengikuti langkah jenama Zeekr Geely Automobile, yang menurunkan harga sebanyak AS$5,056 (RM23,495) minggu lepas, serta Zhejiang Leapmotor Technologies, memberikan diskaun sebanyak AS$2,733 (RM12,700).
“Persaingan harga kekal berterusan dalam pasaran kereta China,” kata penganalisis auto di Bloomberg Intelligence, Joanna Chen.
“Tesla cuba mengekalkan jumlah dagangan selepas jualan Julai menunjukkan pesanan yang perlahan, lebih-lebih lagi tanpa model baharu untuk menarik pembeli China.”
Penghantaran Tesla dari kilang China menjunam 31 peratus pada bulan Julai dan pembuat kereta itu mengumumkan bulan lepas bahawa pengeluaran global akan menurun pada suku ketiga.
Oleh itu, Tesla dijangka mula memproduksi versi facelift sedan Model 3 tidak lama lagi.
Walaupun penghantaran kenderaan plug-in di China merosot sejak Jun, BYD, Li Auto serta Nio Inc semuanya mencatat rekod baharu untuk penghantaran.
- BACA: ADA HACKER BERJAYA TEMBUSI SISTEM KESELAMATAN CYBER TESLA, DAPAT NAIKTARAF PERCUMA
- BACA: TESLA TUBUH PASUKAN RAHSIA UNTUK BATAL TEMU JANJI, SEKAT ADUAN
- BACA: PELANGGAN TESLA CYBERTRUCK PERLU KESABARAN TINGGI – TEMPOH PENGHANTARAN MAKAN MASA LIMA TAHUN
- BACA: NHTSA SIASAT SEMULA KES PECUTAN TESLA TIDAK DISENGAJAKAN DI US