Buletin

PUSAT TESLA THAILAND BAKAL DIBUKA DI RAMKHAMHAENG JULAI INI

Selepas melancarkan pengecas super Tesla pertama di CentralWorld, syarikat berkenaan baru-baru ini mengumumkan Pusat Tesla pertama di Thailand akan dibuka di Ramkhamhaeng.

Menurut kenyataan pihak Tesla, pusat baharu itu mulai beroperasi pada Julai ini, berfungsi sebagai pusat sehenti bagi semua pemilik Tesla di negara Gajah Perang.

Pusat ini menempatkan bilik pameran, yang akan membolehkan pelanggan meneliti dan melihat sendiri kereta tersebut serta memiliki ‘Hab Pendidikan’ bagi membolehkan orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang reka bentuk serta inovasi kenderaan elektrik jenama Tesla.

Selain itu, ia juga memiliki pusat servis termasuk menyediakan perkhidmatan perubahan estetik badan model Tesla.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lebih terperinci mengenai alamat, tarikh pembukaan dinyatakan oleh pihak Tesla, setakat ini.

Tetapi apa boleh dijangkakan ialah Thailand bakal menawarkan lebih banyak pengecas super di luar Bangkok selain, pemilik Tesla di Thailand kini boleh membuat penyelenggaraan dengan mudah.

Google ads
Back to top button