Buletin

TESLA HEARSE 3 – KERETA JENAZAH ELEKTRIK UNTUK PERGI KE KUBUR DENGAN BERGAYA

Pembuat kereta jenazah yang berpangkalan di Belanda, Derks melancarkan kereta jenazah Tesla Model 3 baharu.

Kereta jenazah Tesla Model 3 itu menunjukkan bahawa semuanya berjalan lancar, walaupun untuk perjalanan terakhir di dalam kenderaan.

Kereta jenazah kebanyakannya hanya dipandu dalam jarak yang agak dekat. Oleh itu, EV dilihat sangat sesuai memandangkan ada banyak masa untuk mengecasnnya.

Derks memberitahu kereta jenazah berkenaan dibina menggunakan Model 3 Standard Range Plus.

Tesla Hearse 3 dilengkapi pacuan roda belakang yang mampu menawarkan jarak sehingga 375km dengan sekali caj. Jarak itu sedikit pendek berbanding julat WLTP rasmi Model 3 Standard iaitu 448km.

Sebagai van jenazah, Tesla Hearse 3 dibina dengan ruang belakang yang lebih tinggi dan sedikit ringan. Kenderaan tersebut turut dilengkapi pintu sisi kecil, ruang penyimpanan, langsir elektrik dan lampu LED.

Lampu pada bumbung seperti efek bintang, rak bunga yang boleh dipanjangkan dan laci di bawah lantai ditawarkan sebagai ciri pilihan untuk Tesla Hearse 3.

Meskipun Derks tidak mengumumkan harga, namun kereta jenazah Tesla Model S sebelum ini pernah dijual pada harga AS$200,000 (RM885,000).

GALERI:

Google ads
Back to top button