Pandu Uji

PANDU UJI PERODUA AXIA 2023, SESI KEDUA MERENTASI BANJARAN TITIWANGSA

Bagi pembaca yang terlepas untuk membaca pemerhatian awal kami, anda boleh membaca artikel berkaitan di SINI. Pemerhatian awal tersebut dibuat berdasarkan ujian pemanduan di lebuh raya dan juga jalan bandar sekitar Kuala Lumpur.

Bagi pemanduan yang melibatkan jalan persekutuan dan yang pastinya permukaan jalan juga tidak sebaik permukaan jalan lebuh raya. Berikut ialah pemerhatian penulis semasa melalui jalan persekutuan Grik-Jeli beberapa hari lepas.

1. Perjalanan kali ini membawa 4 penumpang termasuk pemandu, 2 set kerusi bayi, ruang kargo dipenuhkan sehingga 265 liter, tayar depan disetkan pada 220kpa dan belakang 200kpa untuk lebih keselesaan berbanding dengan tetapan 240kpa depan belakang.

Sama seperti sebelum ini, penulis menggunakan petrol ROn 95. Semasa memasang kerusi bayi, penulis mendapati cagak ISOFIX Perodua Axia baru lebih mudah diakses berbanding model lama menjadikan pemasang kerusi bayi lebih senang

2. Berikut ialah bacaan RPM enjin tapi diperngaruhi oleh permukaan jalan. Secara asasnya enjin Perodua Axi 2023 beroperasi dengan lebih efisyen walaupun enjin ini menjana 67hp dan 91Nm tork sama seperti enjin sebelum ini

60km/h – 1400RPM

70km/h- 1500RPM

80km/h – 1800RPM

90km/h – 2000RPM

100km/h – 2000 ke 2100RPM

3. Kawalan/Handling- sebab pusat graviti lagi rendah disebabkan jarak kelegaan bumi yang lebih rendah sebanyak 20mm, lagi lebar, maka pengendalian Axia adalah lagi bagus berbanding model semasa melayan jalan Grik Jeli. Boleh la penulis masuk ke selekoh dan memintas kereta depan dari sebelah luar semasa di selekoh

4. Respon steering -Macam biasa penulis akan menggunakan pilihan gear S untuk lebih cengakaman semasa di selekoh. Malah semasa menuruni bukit pun penulis masih boleh layan selekoh dengan brek yang minima. Kelajuan di selekoh adalah sekitar 80-100km/jam cuma kena anda kena pandai melayan throttle dan memberi steering input

Macam yang saya komen sebelum ni, respon stering dan tindakblas cesi adalah lebih baik daripada model lama walaupun menggunakan tayar Toyo Proxes CR1 dengan rim 14 inci . Kedudukan tombol gear dekat dengan roda stering, jadi memang senang untuk anda menukar gear dari D ke S atau B

5. Macam biasa kalau anda biasa memandu di jalan kat Grik Jeli semua kereta akan berlagak memiliki 400hp. Semua berpakat-pakat untuk kekal di laluan kanan mendaki biarpun merangkak sekitar 6-70km/jam. Nak bagi laluan pada Perodua Axia, jangan harap la.

Kita kena pandai pandai la cari ruang untuk memintas. Enjin 1000cc 3 silinder ini memang bunyi tak sedap dalam rpm rendah antara 1500-3500 rpm. Tapi peliknya bila memasuki 4000rpm enjin ini senyap sikit

Tapi bila anda merempit rempit masuk ke 6000 rpm dengan gear S atau B, bunyi enjin dah macam enjin K3-VE lama. Ia menghasilkan seakan bunyi nyaring halus apabila VVTi disetkan pada . Penulis menggunakan Power mode on sepanjang masa mendaki dan memotong.

6. Disebabkan Perodua Axia ini ringan sekitar 885kg sahaja, digandingkan dengan enjin happy revving dan gear DCVT, maka pecutan Axia boleh tahan laju tapi sayangnya tiada sentapan ala-ala kereta manual berlaku. Ketika ini la Perodu Axia membuat sesi beramah mesra dengan Merz dan Volvo. Nasib kurang laluan mendaki, kalau tak Axia ini dah kena tinggal dengan Merz dan Volvo

7. Ade sekali semasa brek kecemasan dibuat semasa selekoh dan menuruni bukit, kuasa brek Perodua Axia 2023 boleh tahan sedap. Tiada rasa tergelincir, terseret atau pedal brek tenggelam terlalu jauh semasa situasi ini. Pendek kata prestasi brek boleh diharap walaupun masih menggunakan brek dram di belakang

8. Ergonomik- penulis hanya boleh bertahan selama 2 jam sahaja, mungkin sebab Perodua Axia ini kereta bandar dan bukan untuk perjalanan jarak jauh. Kedua badan penulis pun dah tak muda seperti dulu. Rasa lenguh pinggang selepas 2 jam memandu berterusan

Tapi simptom sakit tangan, lengan, siku, dan bahu (macam lagi Didi n friends dah) jika anda memandu Perodua Axia model lama sudah tiada. Kusyen pemandu dan stering yang boleh diubahsuai banyak membantu

9. NVH- pada penda memang kena pasang bahan kedap bunyi tambahan, cadangan ini dibuat selepas Perodua Ativa yang dipasang dengan bahan kedap bunyi menghasilkan bunyi yang lebih solid ketika ditutup. Malah bunyi dari luar juga adalah minima berbanding dengan Axia 2023

Bagi radio Perodua Axia SE, ia hanya datang dengan radio konvensional dengan butang. Bunyi dia sekadar “OK” tapi kalau anda ada duit, boleh la tukar unit lain dan juga pembesar suara yang lebih baik. Disebabkan penulis merendahkan tekanan angin tayar, bunyi kebisingan tayar berkurang sedikit

10. Cuma bila dah pandu Perodua Axia dengan muatan penuh, tekanan angin tayar dikurangkan, enjin diperah sehingga 6000rpm, dalam usaha untuk bersaing dengan kereta yang lebih berkuasa besar maka penggunaan bahan api akan meningkat.

Penulis mendapat purata penggunaan bahan api sekitar 17.5km/liter sahaja. Untuk rekod percubaan sebelum ini penulis berjaya mendapat 20.7km/liter untuk laluan lebuh raya dan 20.4km/liter bagi laluan bandar.

Google ads
Back to top button