Artikel Pilihan

TNB AKAN BEKERJASAMA DENGAN PLUS, BINA STESEN PENGECAJ KERETA ELEKTRIK

Syarikat utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad dan juga PLUS Expressway Berhad telah mengeluarkan kenyataan bersama pada 2 Ogos 2022 mengenai satu rancangan ushasama antara kedua-dua pihak bagi membangunkan infrastruktur pengecasan kereta elektrik di sepanjang lebuh raya PLUS

Berikut ialah fakta menarik berkenaan dengan rancangan bersama TNB dan juga PLUS

1. TNB akan membelanjakan sekitar RM 90 juta ringgit dalam masa 3 tahun bagi menyokong ekosistem dan pengecasan kereta elektrik di sepanjang lebuh raya PLUS dari Johor sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

2. Kedua dua pihak akan terlibat dalam usaha pembangunan pusat pengecasan, pemasangan, pemantauan dan juga pembangunan sistem pengecasan berasaskan solar di sepanjang lebuh raya. Ini adalah bagus kerana secara teori, kereta anda dikuasakan dengan elektrik yang dicaj daripada matahari serta tiada pencemaran dibebaskan semasa tenaga elektrik dihasilkan

3. Selain daripada PLUS, TNB juga dalam perbincangan dengan beberapa operator lebuh raya yang lain termasuklah dengan kerajaan persekutuan bagi memasang pengecas elektrik di jalan persekutuan. Usaha TNB ini adalah selaras bagi memacu penggunaan kereta elektrik pada tahun 2030 dengan nilai ekonomi RM 1.3 Billion

4. Menjelang tahun 2025, pasaran kereta elektrik dianggarkan berjumlah 33,350 dan potensi keperluan pusat mengecas awam ialah 3300 poin dengan nilai jualan sekitar RM 80 juta. Unjuran penggunaan kereta elektrik akan meningkat kepada 524,409 pada tahun 2030 dan ia memerlukan 18,000 poin pengecasan awam

5. Dengan 524,409 unjuran pemilikan EV menjelang 2030, ia memerlukan sekitar 2.3 TWh (Tera Watt Hour) dengan nilai jualan RM 1.26 billion. Jika ia dijana dari sumber elektrik bersih seperti solar, pembebasan gas karbon dioksida dikurangkan sebanyak 4.4 juta tan.

Selain daripada pembangunan infrastruktur pengecasan elektrik, TNB juga akan menyediakan pakej pembangunan sumber manusia bagi menyediakan tenaga mahir dalam industri kereta elektrik, menggunakan 4200 kereta elektrik bagi kegunaan operasi TNB, dan membiayai apa-apa kajian dalam pembangunan kereta elektrik di antara pemain industri

Google ads
Back to top button