Buletin

TOMOYUKI SHINNISHI CEO BARU MMM, BERKUAT-KUASA 28 OKT 2016

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan Tomoyuki Shinnishi sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru berkuat-kuasa 28 Oktober 2016.

Shinnishi menyertai Mitsubishi Corporation (MC), Tokyo pada tahun 1997 dan pernah memegang pelbagai jawatan di syarikat tersebut.

Pada tahun 2001 hingga 2008, Shinnishi bertugas di PT. Krama Yudha Tiga Belian Motors (KTB), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Indonesia. Beliau memegang jawatan sebagai penasihat produksi dan kejuruteraan sebelum dilantik sebagai Ketua Unit Jualan dan Pemasaran.

Mitsubishi-Triton-VGT-2016-mekanika

Mulai tahun 2008, Shinnishi berkhidmat selaku Pengurus Jabatan Kenderaan Motor ASEAN dan Barat Daya Asia di MC. Empat tahun kemudian, beliau berpindah ke Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Tokyo dan bertugas selaku Pengurus untuk Pejabat Rusia dan Pakatannya, bertanggungjawab ke atas pasaran Rusia.

Ketua Pegawai Ekskutif MMM sekarang, Yang Won-Chul akan kembali melaporkan diri di MC Tokyo tidak lama lagi. Sepanjang perkhidmatan Yang di Malaysia, beliau sempat melancarkan trak pikap Triton, SUV Outlander dan memacu jualan MMM melepasi 100,000 unit di pasaran tempatan.

Google ads
Back to top button