
TOYOTA GR86 VERSI PERLUMBAAN TREK DEBUT TAHUN 2024. RM422K SAHAJA
Toyota telah mendedahkan GR86 versi perlumbaan trek untuk Siri Toyota Gazoo Racing Australia (TGRA) 86. Model tersebut dikatakan bakal debut pada permulaan musim 2024.
Siri GR86 berada dalam arena perlumbaan sejak 2016 dan tidak mengambil masa lama untuk menjadi kegemaran peminat.
Toyota Australia turut melancarkan coupe GR86 generasi baharu pada September lalu dan mencata jualan sekitar 1100 unit dalam 12 bulan pertama.

Terdapat juga Edisi Ulang Tahun ke-10 GR86 untuk pasaran tempatan pada akhir 2022 , terhad kepada 86 unit sahaja. Ia hadir dengan warna cat luaran oren baharu yang dipadankan dengan tona hitam dan oren untuk ruang kabi, selain sulaman berwarna oren pada kemasan pintu.
Berbalik semula kepada GR86 baharu, model ini adalah berdasarkan Toyota GR86 sedia ada, tetapi harganya naik dua kali ganda. Ia akan dibina serta dijual oleh Neal Bates Motorsport. Hanya 35 unit saja akan dikeluarkan untuk Siri TGR 86 2024 dan sudah boleh ditempah.
GR86 itu dilengkapi full roll cage, tempat duduk perlumbaan tunggal, stereng spesifikasi motorsport, unit kawalan elektronik (ECU) dan instrumen.
Terdapat juga roda kawalan dan tayar Dunlop, selain suspensi, brek, ekzos, oiler cooler serta klac yang talah dinaik taraf.
GR86 versi perlumbaan trek itu mampu menjana kuasa 233hp dan tork 250Nm daripada enjin boxer empat silinder aspirasi semulajadi 2.4 liter.
Syarikat itu mengatakan bahawa spesifikasi prestasi lain akan disahkan sebaik sahaja ujian akhir dan pengesahan selesai pada tahun ini. Harga GR86 baharu itu dianggarkan sekitar AS$89,990 (RM422,188).




