Buletin

TOYOTA CAMRY DAN DAIHATSU ALTIS DI JEPUN KINI ADA WARNA BAHARU, EMOTIONAL RED III

Toyota belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Camry yang telah dihasilkan sebanyak lapan generasi sejak tahun 2017.

Untuk penggayaan terkini, Camry dan Daihatsu Altis muncul dengan skema cat warna yang digelar Emotional Red III. Ia merupakan warna terang dan tidak seperti kebiasaan warna kenderaan di jalan raya berwarna putih, hitam, perak atau kelabu. Ini jelas membuatkannya lebih menonjol serta sedikit berbeza seperti yang anda harapkan ketika melihat pada jentera Ferrari dan Porsche.

Selain warna Emotional Red III, pelanggan di Jepun juga boleh memesan Camry dan Altis dengan pakej  dalaman yang dihiasi jenis kulit berwarna coklat pada tempat duduk, bahagian tengah papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah, manakala ruang selebihnya dibalut kulit berwarna hitam.

Toyota Camry dan Daihatsu Altis juga telah dikemas kini dengan port USB-C baharu, berbanding port USB-A yang digunakan sebelum ini.

Masih tidak dapat dipastikan sama ada pilihan warna Emotional Red III dan kemasan kulit berwarna hitam dan coklat itu akan ditawarkan di pasaran lain. Camry dan Altis tersebut ditawarkan pada harga bermula 3,495,000 yen (RM117,600) hingga 4,682,000 yen (RM157,550).

Google ads
Back to top button