Buletin

TOYOTA COROLLA TREK WAGON – UNTUK EROPAH SAHAJA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Toyota baru-baru ini memperkenalkan satu lagi varian baharu untuk model Corolla yang dienali sebagai Corolla Trek Wagon.

Hanya dipasarkan untuk Eropah buat masa sekarang, Trek Wagon dilihat mahu mengikut jejak langkah model-model seumpamanya seperti Subaru Outback dan Volkswagen Alltrak.

Generated by pixel @ 2019-02-28T20:22:54.144426

Mengaplikasikan elemen crossover, jentera itu ditinggikan sebanyak 0.8 inci. Selain dipasang dengan cladding pada badan, arca roda dan rekaan rim bersaiz 17 incin yang menarik.

Sementara bahagian kabin pula menerima kemasan kayu, selain material fabrik dua tona pada tempat duduknya.  

Trek itu bukan nama untuk tujuan pemasaran sahaja. Malah, Toyota sebenarnya bekerjasama dengan syarikat pembuat basikal, Trek.

Toyata akan menyediakan wagon baharu ini sebagai kenderaan sokongan kepada pasukan lumba milik Trek yang bersaing dalam acara perlumbaan di Eropah.

Trek Wagon dilengkapi enjin 1.8 liter atau 2.0 liter dan dijangka dijual pada pertengahan tahun ini.

Tags
Google ads
Back to top button
Close