Buletin

HYUNDAI RECALL 25,564 KONA EV DI KOREA SELATAN. BIMBANG LITAR PINTAS SEBAB KEBAKARAN

Hyundai akan memanggil semula model elektrik Kona bermula 16 Oktober ini di negara Korea Selatan berikutan kebimbangan litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.

Menteri Pengangkutan Korea Selatan, berkata Hyundai memutuskan memanggil semula model elektrik Kona di negara terbabit berikutan kebimbangan litar pintas.

Ia kemungkinan disebabkan pengeluaran bateri sel rosak sehingga mengakibatkan kebakaran.  

Menurut laporan Reuters, penarikan semula model berkenaan akan merangkumi kemas kini perisian dan penggantian bateri selepas pemeriksaan dilakukan.

Sebanyak 25, 564 Kona EV dibangunkan antara September 2017 dan Mac 2020 terlibat dalam program tersebut.

“Langkah berkenaan diambil sebagai pendekatan proaktif terhadap pengeluaran bateri voltan tinggi yang disyaki mengalami kerosakan digunakan dalam kenderaan itu.

“Ia mungkin boleh menyumbang kepada kebakaran yang dilaporkan sebelum ini. ,” kata pengeluar kereta itu.

Hyundai turut mengambil langkah mengenal pasti penyebab isu berkenaan dan memaklumkan keperluan para pelanggan.

Sudah tentu isu tersebut merupakan sesuatu yang serius apabila terdapat 13 insiden melibatkan kebakaran pada model itu termasuk masing-masing satu di Kanada dan Austria.

Bagi insiden di garaj Montreal, Kanada, kenderaan meletup walaupun tidak dipasang pada apa-apa pengecas.

Dalam pada itu, pengeluar bateri Kona Electric, LG Chem, berkata punca sebenar kebakaran masih belum dipastikan lagi.

Katanya, eksperimen telah dilakukan semula bersama Hyundai dan ia tidak member keputusan sama seperti insiden terbabitsekali gus kemungkinan bukan berpunca daripada kerosakan sel bateri.

Selepas pengumuman dilakukan, saham Hyundai jatuh sebanyak 1.4 peratus, ia disebabkan penggantian bateri akan menelan belanja yang tinggi manakala saham LG Chem naik sebanyak 1.8 peratus. – carscoops.

Google ads
Back to top button