
TOYOTA DIDENDA RM51.6 JUTA KERANA MANIPULASI HARGA LEXUS DI CHINA
Pihak berkuasa China baru-baru ini mengenakan denda sebanyak 87.6 juta yuan (RM51.6 juta) ke atas Toyota kerana didakwa melakukan manipulasi harga model premiumnya, Lexus di wilayah Jiangsu.Â
Langkah berkenaan dibuat ketika China dilihat mula mengetatkan garis panduan jualan kenderaan di pasaran terbesar di dunia itu. Tahun lalu sahaja, lebih 28 juta kenderaan telah dijual di China.
Biro anti-monopoli yang bertanggungjawab terhadap aspek garis panduan pasaran memberitahu bahawa di antara tahun tahun 2015 hingga 2018, Toyota dikatakan telah menetapkan jualan minimum dan harga jualan semula kenderaan peremiumnya di Jiangsu.
Ini jelas menafikan hak pengguna dan penetapan harga oleh pengedar dinafikan. Bukan itu sahaja, Lexus juga menetapkan strategi jualan seperti menawarkan diskaun pada pelanggan. Sedangkan pada masa yang sama meminta mereka membeli aksesori pada harga harga tetap.
Taktik ini biasanya dilakukan oleh pengedar di China dan bukanya pengeluar kenderaan.
Ketika jualan kenderaan di China semakin menurun, jualan Lexus bagaimanapun terus meningkat. Jenama itu berjaya menjual sekitar 180,200 unit kenderaan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, naik 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jun lalu, badan sama mengenakan denda sebanyak 162.8 juta yuan (RM96 juta) ke atas Ford Motor dan rakannya, Changan Automobile Group kerana melanggar undang-undang anti-monopoli.
sumber: ReutersÂ