Buletin

TOYOTA GR SUPRA 45TH TERSEDIA 900 UNIT DI A.S, 382HP – PENGHORMATAN KEPADA MK IV SUPRA

Toyota menyambut ulang tahun ke-45 GR Supra dengan mengemas kini visual serta prestasi dan hanya menghasilkan 900 unit untuk pasaran A.S..

Menurut Toyota, Supra 2024 adalah penghormatan kepada mK IV Supra termasuk didatangkan dengan pilihan warna Mikan Blast dan Absolute Zero (450 unit bagi setiap satu warna).

Tanpa mengira warna, GR Supra 45th diserlahkan dengan rim 19-inci hitam matte, angkup brek GR hitam, manakala bahagian sisi terdapat grafik perkataan ‘Supra’.

Sementara, bahagian belakang pula dilengkapi spoiler bersaiz besar larasan manual berwarna hitam.

Dari segi kuasa, GR Supra 45th akan berdasarkan model GR Supra 3.0 Premium, menghasilkan 382hp dan digandingkan bersama transmisi automatik lapan kelajuan atau manual enam kelajuan.

GR Supra 45th mula dijual pada akhir tahun ini dan pembeli bakal mendapat keahlian National Auto Sport Association percuma selama 1 tahun.

Ia termasuk satu High-Performance Driving Event (HPDE) secara percuma selain tawaran diskaun ke acara dibenarkan NASA.

Bukan itu sahaja, pembeli juga ditawarkan perlindungan waranti bumper-to-bumper selama tiga tahun atau 36,000 batu.

Google ads
Back to top button