Buletin

TOYOTA GR86 SPESIFIKASI LUMBA DARI AUSTRALIA, RM271 RIBU!

Jika UMW Toyota menawarkan Vios spesifikasi lumba untuk GR Vios Challenge, Toyota Australia pula menawarkan kereta lumba GR86 bagi bersaing di dalam TOYOTA GAZOO Racing Australia (TGRA) 86 Series 2024.

Kereta itu diperkenalkan pada majlis penutup musim perlumbaan TGRA 86 Series Oktober tahun lalu dan sebelum ini hanya ditawarkan kepada pesaing di dalam siri perlumbaan akar umbi itu sahaja.

Bermula 29 Mei, Toyota Australia akan menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mahu berlumba di dalam perlumbaan sokongan kereta super.

Toyota 86 Racing Series 2019

Kereta lumba GR86 dibuat dari model jalanan dan dibangunkan dan dikeluarkan oleh Neal Bates Motorsport dan akan diserahkan secara siap kepada pelanggan.

Kereta itu sedia untuk digunakan di dalam siri perlumbaan 2024 yang berlangsung sebanyak lima pusingan.

Pemilik pertama kereta lumba GR86 ialah pemenang Anugerah Kaizen TGRA 86 Series 2022, Jarrod Hughes.

Di antara naik taraf yang dibuat ialah pemasangan rangka keselamatan penuh, kerusi lumba dan tali pinggang keledar enam sudut dan komponen perlumbaan lain seperti stereng, ECU, meter, rim dan roda.

Turut dilengkapi suspensi yang dinaik taraf, brek, ekzos, cekam dan penyejuk minyak.

Kuasa dan daya kilas enjin meningkat hampir 10 peratus berbanding 233 kuasa kuda (hp) dan 250Nm pada GR86 standard.

Kereta itu juga lebih ringan atau hampir 70 kilogram berjaya dikurangkan daripada model standard.

Harga yang ditawarkan ialah 89,990 Dolar Australia (RM270,958).

Kredit foto: Toyota Australia

Google ads
Back to top button