Buletin

TOYOTA SAH TAMATKAN PENGELUARAN MARK X DISEMBER 2019

Saya masih ingat satu ketika dahulu, Mark X yang dibawa masuk oleh grey importer popular betul di Malaysia. 

Sedan mewah Toyota Mark X pada asalnya dibina untuk menggantikan model Toyota Corona Mark II pada tahun 1968. 

Mula diperkenalkan pada tahun 1994, jangka hayat Mark X bagaimanapun bakal berkubur tidak lama lagi. Ini kerana Toyota mengesahkan bahawa ia akan menghentikan produksi sedan tersebut pada Disember 2019. 

Langkah itu diambil kerana Mark X tidak lagi laku, walaupun di pasaran Jepun. Generasi kedua Mark X dihasilkan di kilang Motomachi, Aichi, Jepun. Jika dilihat, ia berkongsi banyak komponen dan alat ganti dengan Lexus. 

Firma talaan terkenal, Modellista sebelum ini pernah menawarkan unit supercharger untuk enjin V6 3.5 liter. Kali terakhir menerima facelift pada tahun 2016, sedan itu didatangkan dalam pacuan roda belakang dan pacuan semua roda (AWD). 

Sebagai penghormatan kepada Mark X, Toyota menghasilkan model 250S Final Edition yang eksklusif untuk pasaran Jepun dan dilengkapi rim aluminium bersaiz 18 inci.

Penampilan jenters tersebut diserlahkan menerusi kemasan krom gelap pada bampar hadapan. Di samping kulit Alcantara berwarna hitam merah pada ruang kabinnya. 

Sistem pemantauan parkir didatangkan sebagai ciri standard, Mark X Final Edition yang dipasang dengan transmisi enam kelajuan diawarkan pada harga  AS$34,700 (RM144,000) seunit di Amerika Syarikat. 

Google ads
Back to top button