MANA SATU PILIHAN ANDA, TOYOTA SUPRA AUTO ATAU MANUAL?
Sejak model generasi kelima dilancarkan pada tahun 2019, versi transmisi manual menjadi perhatian dalam kalangan peminat Supra. Kini, A90 Supra mengikuti tradisi yang dapat dilihat dalam empat generasi pertama di mana pelanggan boleh memilih transmisi yang diingini.
Namun, Toyota percaya kebanyakan pembeli Supra masih akan memilih transmisi automatik berbanding manual. Jurucakap Toyota Amerika Utara, Paul Hogard berkata hanya satu perempat daripada jualan Toyota terdiri daripada transmisi manual.
Selaras dengan trend pasaran, banyak syarikat telah mengumumkan untuk menghentikan pilihan transmisi manual.
Sebagai contoh, Volkswagen akan menghentikan pilihan kotak gear MT, manakala Mercedes-Benz pula akan menghapuskan transmisi manual secara berperingkat bermula tahun 2023. Hanya BMW M mengekalkan pilihan MT kerana masih menjadi pilihan pembeli jentera M2.
Toyota Supra 2023, termasuk edisi terhad A91-MT dijangka tiba akhir tahun ini dengan harga yang belum diumumkan. Untuk makluman, tidak akan ada sebarang perbezaan harga untuk MT dan AT Supra walaupun tombol gear manual tersedia secara eksklusif untuk versi enam silinder.
- BACA: TOYOTA SUPRA MANUAL, DIBUAT KERANA ADA PEMINAT TAK PUAS HATI?
- BACA: NISSAN 400Z VS TOYOTA SUPRA VS FORD MUSTANG. KERETA MANA LAGI POWER?
- BACA: URA-URA: TOYOTA SUPRA GRMN BAKAL DAPAT NADI S58 BMW, KUASA 533 HP!
- BACA: TOYOTA SUPRA MILIK CALON PERDANA MENTERI JEPUN BAKAL JALANI PROSES RESTORASI – BOLEH TAHAN SELERA PUAN CALON PM JEPUN NI YE