
NISSAN GT-R RAKAM GT-R NISMO, HABIS NAK GUNA KERETA APA?
Sebelum ini timbul satu persoalan apabila dua buah kereta hiper dirakam menggunakan kamera. Persoalan yang timbul ialah kereta manakah yang berada di hadapan dan mengambil rakaman kereta hiper tersebut?
Nissan juga telah membuat satu rakaman tentang GT-R NISMO 2020 dan para peminat tidak perlu berspekulasi kerana jawapannya siap diberikan.
Bagi merakam GT-R NISMO itu, Nissan menggunakan sebuah lagi GT-R. Ini adalah tindakan paling logik dan munasabah, cuba bayangkan kereta super lain yang digunakan?
GT-R pada tahun ini memasuki usia yang ke-13 dan walaupun sudah berusia lebih sedekad ia seperti tiada apa-apa untuk Nissan. Model yang ditambah baik terus dikeluarkan dan menariknya GT-R tidak lapuk dek masa.
Enjin GT-R NISMO 2020 dipertingkatkan, aerodinamik ditambah baik dan berat kereta telah dikurangkan melalui penggunaan beberapa bahan istimewa.
Apabila tiba masa untuk merakam model terbaru itu di litar lumba timbul pula satu persoalan. Bagaimana untuk merakamnya?
Mauro Calo adalah seorang pemandu profesional tepat dan pakar dalam video automotif. Beliau mempunyai pengalaman dalam filem besar dan rancangan TV automotif dan pilihan beliau adalah sebuah GT-R.
Mengikut kebiasaan, kenderaan yang digunakan untuk merakam rancangan begini (camera car) ialah sebuah SUV berprestasi tinggi.
SUV bagaimanapun mempunyai had sendiri seperti kelajuan atau kelincahan bagi mengikut kereta prestasi yang laju di litar lumba.
GTR adalah model yang sesuai. Pusat graviti rendah, suspensi sport boleh dilaras dan mempunyai empat tempat duduk. Dengan kuasa enjin tinggi dan pacuan canggih, ianya adalah satu keputusan logika untuk tugas rakaman.
Bagi projek ini, Mauro Calo dan pembantunya telah memasang sebuah struktur tempahan khas yang dikimpal pada casis dan mampu menampung berat set gimbal gentian karbon.
Satu lagi perkara menarik apabila kesemua empat tempat duduk digunakan oleh Mauro Calo dan krewnya. Jarang pemilik GT-R menggunakan kesemua tempat duduk yang ada.
Mauro Calo di kerusi pemandu mengawal stereng dan seorang kru mengawal gimbal dan dua lagi kerusi diduduki pengarah dan focus puller bagi mendapatkan rakaman berdefinisi tinggi (HD) terbaik.
Pergerakan rakaman dirancang awal dan teliti manakala koordinasi dibuat melalui walkie-talkie dengan dua buah GT-R mengejar sesama sendiri di Litar Lausitzring di Brandenburg, Jerman.
Inilah kisah rakaman GT-R NISMO 2020. Usia kereta hebat ini tidak melambangkan jiwanya yang sentiasa muda.
- BACA: PADA 2019 NISSAN NV350 CARAVAN PREMIUM GX URBAN CHROME DIPERKENAL DI JEPUN
- BACA: NISSAN ELGRAND HIGHWAY STAR JET BLACK URBAN CHROME – ELGRAND MASIH ADA DI JEPUN
- BACA: MITSUBISHI JADI RUJUKAN RENAULT DAN NISSAN DI ASIA TENGGARA!