Buletin

TRANSFORMASI HONDA AMAZE KEPADA NISSAN IDX NISMO

Pada Pameran Kenderaan Tokyo 2013, Nissan tampil dengan kereta konsep IDX Nismo yang mempunyai pengaruh daripada model klasik Datsun 510.

Kereta konsep itu menerima perhatian hangat dalam masa pengeluar kembali menghasilkan model moden dengan elemen retro seperti Toyota GT86. 

IDX Nismo begitu popular sehingga selebriti Jay Leno sendiri mengujinya dan menyarankan supaya Nissan mengeluarkannya kepada umum.

Setelah tahun silih berganti, IDX Nismo kekal sebagai kereta konsep dan prototaip.

Namun itu tidak menghalang peminat menghasilkannya sendiri. Sebuah syarikat pembuat motor home dan koc di Mumbai, India yang juga pakar dalam kit badan dan transformasi kereta iaitu Executive Modcar Trendz (EMT) telah menghasilkan replika IDX Nismo.

Menariknya asas kepada kereta ini bukan sebuah Nissan atau Datsun tetapi model sedan Honda Amaze.

EMT bukan syarikat biasa dengan hasil gentian kaca bersepah. Syarikat ini sudah biasa dalam kerja-kerja custom dan interior mewah dan ketelitian kerja boleh dilihat pada Amaze-IDX Nismo.

Perkadaran (proportion) memang kelihatan janggal tetapi usaha dan nilai pada IDX Nismo tidak kurang hebat sehingga menjadikannya sebagai kereta dua pintu.

Seluruh badan kereta diubahsuai dari depan sehingga ke belakang sehingga tiada lagi kesan sebuah Honda Amaze.

Bahagian dalaman turut diubahsuai dengan tema baharu kombinasi biru dan kuning. Satu-satunya logo Honda yang tinggal ialah pada stereng kereta ini.

Lawa atau tidak, terpulang kepada citarasa masing-masing tetapi apa yang penting ialah mesej di sebaliknya. Jika pengeluar tidak menawarkannya di pasaran, peminat akan menghasilkan sendiri.

EMT boleh dihubungi melalui En. Shujaat Hashmi, Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan di talian +919821880163.

Nissan IDX Nismo

Kredit foto: Facebook Executive Modcar Trendz

Tags
Google ads
Back to top button