
NAIK BOT SAMBIL TONTON WAYANG DI PARIS. INI BARU RARE!!!
Dalam memenuhi keperluan penjarakan sosial, restoran dan lapangan terbang di seluruh dunia boleh dianggap sebagai pawagam drive-thru apabila dapat menikmati filem-filem kegemaran.
Begitupun, pada musim panas nanti, konsep baharu akan mengambil alih tugas berkenaan. Seramai 150 orang terpilih bakal merasai pengalaman menakjubkan dalam industri perfileman.
Mereka akan menonton filem kegemaran melalui pendekatan baharu menaiki sebuah bot peribadi sambil terapung di terusan Basin de la Villette.
Paris Plages yang merupakan acara tahunan bermula pada tahun 2002, sentiasa menjadi tumpuan penduduk setempat semasa musim panas bakal menyaksikan terusan berkenaan menjadi tarikan utama sebagai Le Cinéma sur l’Eau (Pawagam Dalam Air).
Menjelang pelancaran pada 18 Julai nanti, seramai 150 orang akan dipilih untuk menghabiskan malam tersebut di atas 38 bot elektrik. Ia dapat menampung sebanyak dua, empat atau enam orang.
Pada malam itu, tarikan utama merupakan tayangan filem Le Grand Bain 2018 (Sink or Swim), ia berkisar sekumpulan lelaki pertengahan umur memulakan pasukan renang berirama.
Sebelum tayangan, penganjur acara, mk2 akan mengumumkan para pemenang pertandingan filem pendek yang dilancarkan pada bulan Mac lalu sebelum pandemik menular di seluruh dunia.
Pengarah Urusan mk2, Elisha Karmitz, berkata dalam kenyataan media, penganjuran pawagam terapung ini di lokasi sangat penting di daerah ini.
“Selepas beberapa bulan ditutup, ini merupakan detik indah untuk meraikannya,” ujarnya. – lonely planet