Buletin

UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN 22,447 UNIT PADA SUKU PERTAMA 2022. VIOS PALING LARIS

UMW Toyota Motor merekodkan jumlah jualan sebanyak 22,447 unit pada suku pertama 2022 dan menjangkakan aliran menaik bagi tahun ini.

Syarikat terbabit merekodkan jumlah jualan sebanyak 8,386 unit Toyota dan 101 unit Lexus, menjadikan jumlah jualan sebanyak 8,487 unit pada Mac berbanding 6,432 unit pada Februari lepas.

 “Jualan bulan ke bulan yang dicapai untuk Lexus pada Mac adalah pada 101 unit manakala jualan bulan sebelumnya adalah sebanyak 66 unit.

“Toyota mencatat jualan 8,386 unit berbanding 6,366 unit pada Februari iaitu peningkatan sebanyak 32 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, hasil jualan yang positif itu disebabkan promosi bulan Mac yang sedang berjalan sekarang, ia menawarkan ganjaran seperti manfaat nilai tambah bernilai RM4,000 untuk kenderaan paling laris Toyota seperti Vios dan Yaris.

Pengeluar kenderaan Jepun itu menjangkakan peningkatan jualan dengan pelancaran produk baharunya yang akan datang pada akhir tahun ini.

Presidennya Ravindran K berkata syarikat itu sentiasa mengkaji dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah-ubah dan ketidaktentuan, bekerja rapat dengan pembekal dan memantau perkembangan untuk memastikan kesan minimum terhadap pengeluaran dan pelanggannya.

“Ketika Malaysia beralih ke fasa endemik, UMW Toyota Motor menghargai sokongan yang diterima daripada pelanggan kami selama ini.

“Kami kekal komited untuk mencapai pertumbuhan secara berterusan untuk jenama Toyota serta bagi industri automotif tempatan melalui produk inovatif dan penawaran penyelesaian kami,” katanya.

Google ads
"
"
Back to top button