VCM LANCAR WAGON V60 RECHARGE T8. 407HP/640NM, BERMULA RM287K
Volvo Car Malaysia (VCM) baru-baru ini melancarkan Volvo V60 Recharge T8 ke pasaran tempatan.
Model wagon atau estate dengan rangkaian kuasa plug-in hybrid (PHEV) itu hanya hadir dalam satu varian dan ditawarkan pada harga bermula RM287,474.
V60 Recharge T8 hadir dengan rekaan segar dan praktikaliti untuk mereka yang memerlukan ruang but lebih luas berbanding sebuah sedan biasa.
Jentera berkenaan dijana oleh enjin petrol Drive-E bersesaran 2.0 liter dengan sistem pengecas turbo dan supercharger yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 320hp dan tork 400Nm.
Apabila digabungkan dengan motor elektrik, ia menawarkan kuasa mencecah 407hp dan tork 640Nm! Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.6 saat dengan penggunaan bahan api cuma 2 liter bagi setiap 100km.
PHEV tersebut menjanjikan emisi CO2 yang rendah dan berupaya bergerak sejauh 49km dengan caj penuh.
Sebagai sebuah wagon, V60 Recharge T8 menyediakan ruang kargo seluas 529 liter dan 1,441 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Dari segi kelengkapan standard, ia hadir dengan lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, Active Bending Light (ABL) bersama larasan automatik, rim 19 inci dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
Tipikal sebuah Volvo, ruang kabin hadir dengan rekaan minimalis dan mewah. Wagon berkenaan menerima skrin kluster meter bersaiz 12.3 inci, head-up display, Intelligent Driver Information System (IDIS), skrin sentuh 9 inci bersama Sensus Connect, sistem audio Harman Kardon dengan 14 unit pembesar suara, selain slot pengecasan USB-A dan USB-C.
Jika berminat, V60 Recharge T8 sudah boleh ditempah di semua pengedar sah Volvo. Tempah slot pandu uji di www.volvocars.com/my.
- BACA: IKLAN PILIHAN: WAGON PADU VOLVO V70 CONVERT 2.3 T5 SEDIA UNTUK DILEPASKAN
- BACA: VOLVO V70 WAGON PALING MAHAL DALAM DUNIA BERNILAI RM82 JUTA!!!
- BACA: KIA PROCEED GT – WAGON UNTUK PAPA YANG JIWANYA KELAJUAN
- BACA: MERCEDES BAKAL HENTI JUAL WAGON MENJELANG 2030?
GALERI