Buletin

VERSTAPPEN TAPAU FERRARI DI LITAR IMOLA

Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen muncul juara di Imola buat kali kedua berturut-turut pada perlumbaan yang menyaksikan Red Bull menguasai kedudukan satu, dua di Grand Prix Emilia Romagna.

Beraksi di laman sendiri, Ferrari mengalami mimpi ngeri selepas pendahulu keseluruhan, Charles Leclerc bertarung untuk tempat keenam selepas jenteranya berpusing ketika berada pada kedudukan ketiga.

Rakan sepasukan dari Sepanyol, Carlos Sainz pula terkeluar berikutan kemalangan pada pusingan pembukaan.

Pemandu Mexico, Sergio Perez di tempat kedua, manakala pemandu McLaren, Lando Norris ketiga.

Verstappen, yang memungut lapan mata selepas menjuarai perlumbaan pecut semalam daripada petak depan,turut memungut mata bonus kerana mencatat masa sepusingan terpantas. – UTUSAN

Google ads
Back to top button