Artikel Pilihan

VIDEO: BEST TENGOK ENJIN MERCEDES INI DIPASANG DENGAN TANGAN.

Kilang Mercedes-Benz Affaterbach merupakan salah satu kilang milik Mercedes, namun apa yang membezakannya dengan kilang lain ialah kilang ini merupakan kilang yang memeasang enjin AMG dengan menggunakan tangan dan berpegang pada konsep “One Man, One Engine”

Kilang ini juga menghasilkan enjin M177 yang diguakan oleh model 63 seperti AMG GT 63 dan juga enjin M178 untuk model GT. Kilang ini juga berperanan untuk memasang enjin 4 silinder AMG yang mula dikeluarkan pada tahun 2019.

Blok enjin ini dihasilkan daripada aloi aluminium tuang dan direka khusus untuk mengekalkan kekuatan serta berat sekitar 199kg sahaja. Secara keseluruhan, enjin ini memiliki 600 komponen bagi memastikannya beroperasi dengan sempurna

Setiap enjin memerlerkan masa antara 4 ke 5 jam untuk dipasang oleh seorang juruteknik dengan nama juruteknik akan ditampal pada enjin. Jig yang digunakan boleh dipusing 360 darjah bagi memudahkan enjin ini dipasang dengan mudah dan cepat.

Bagi memastikan semua komponen enjin dipasang dengan sempurna, Mercedes-Benz menggunakan dial gauge dan hydraulic torque wrench bagi memastikan semua komponen diikat pada spesifikasi yang betul. Semua enjin akan diuji dengan menggunakan mesin dyno bagi memastikannya menghasilkan kuasa yang mengikut spesifikasi.

Selain digunakan untuk model prestasi tinggi AMG, enjin ini juga turut digunakan oleh jenama supercar yang lain seperti Pagani dengan enjin V12, sesetengah model Aston Martin yang menggunakan V8 dan 6 silinder sebaris. Malah Lotus Emira turut menggunakan enjin 4 silinder AMG Mercedes.

Google ads
"
"
Back to top button