Buletin

VOLKSWAGEN BANGUN PLATFORM BAHARU KHUSUS UNTUK PASARAN CHINA, HARGA LEBIH MURAH

Meskipun permintaan dan hasil jualan Volkswagen tidak memuaskan di China kebelakangan ini, namun ia bukan penghalang untuk jenama tersebut melangkah dengan strategi baharu.

Salah satu strateginya ialah membangunkan seni bina EV baharu yang akan dibina di China dan khusus untuk pasaran China.

Digelar sebagai Main Platform, ia akan dioptimumkan untuk memenuhi keutamaan pembeli China dari segi spesifikasi bateri dan motor.

Menurut Bos Volkswagen di China, Ralf Brandstaetter, memberitahu Reuters bahawa VW akan membangunkan empat model berharga antara AS$19,500 (RM91,240) dan AS$23,800 (RM111,360) pada platform baharu.

Tambahnya lagi, pengeluaran bakal dikendalikan oleh usaha sama firma itu dengan SAIC dan FAW.

Ada kemungkinan platform baharu itu dapat memenuhi permintaan China yang kelihatan pelik, seperti keupayaan untuk mempunyai Karaoke dalam kereta, dan hampir pasti akan menawarkan pengalaman digital lebih luas berbanding model seperti ID.4.

Platform berkenaan akan menggunakan pembekal China, bermakna ia akan dibangunkan dalam dua pertiga daripada masa diperlukan untuk menyediakan platform sebelumnya, sekaligus membolehkan syarikat itu menjadi jauh lebih kompetitif dari segi harga.

CTO Volkswagen Group China Technology Company (VCTC), Ludger Luehrmann berkata, platform tersebut dapat menurunkan harga paparan papan pemuka sebanyak hampir 40 peratus.

“Beralih pembangunan ke China juga mengurangkan kelewatan akibat perbezaan zon waktu antara Jerman dan Asia,” jelas Ludger Luehrmann.

Google ads
Back to top button