Buletin
CHINA LAKSANA PENGECUALIAN VISA UNTUK ENAM NEGARA TERMASUK MALAYSIA
China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain mulai 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.
Menurut Xinhua, negara lain termasuklah Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol.
Sepanjang tempoh itu, pemegang pasport biasa dari enam negara berkenaan boleh memasuki China tanpa visa untuk urusan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan, serta transit tidak lebih dari 15 hari.
Bagaimanapun, rakyat dari enam negara itu yang tidak memenuhi syarat pengecualian visa masih perlu mendapatkan visa sebelum memasuki China, menurut kenyataan itu.
Dasar ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan pertukaran sesama rakyat. – Sinar Harian
- BACA: KERETA TERBAKAR, TUMBLER JADI PERHATIAN – BOS JENAMA STANLEY HADIAHKAN KERETA BAHARU
- BACA: 5 AMARAN AWAL YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEBELUM MEMBELI KERETA TERPAKAI – HATI-HATI GAIS
- BACA: BERAPAKAH KUASA KUDA PADA SEEKOR KUDA? KENA LA TEST DYNO BARU TAHU (VIDEO)
- BACA: GENESIS G90 LONG WHEEL BASE – INI BARULAH KERETA UNTUK BOS BOS!