VOLVO BELUM MAHU TAMATKAN PENGELUARAN XC90 – PANJANG LAGI USIA VERSI ICE
Tidak lama dahulu Volvo merupakan antara pengeluar terawal yang mahu menggantikan model-model ICE keluaran mereka dengan versi berkuasa elektrik. Perancangan awal dibuat pada tahun 2021 di mana pengeluaran model-model ICE akan ditamatkan menjelang 2030. Namun beberapa bulan lepas mereka membuat pusingan U dengan mengatakan model-model ICE akan kekal sehingga ke penghujung abad ini. Ada masa lagi kalau korang nak beli XC90.
Jurucakap Volvo memberitahu Auto Express yang pihaknya akan terus menaitaraf XC90 selagi ada permintaan dari pelanggan. XC90 akan menyambut ulangtahun kesepuluh pada tahun hadapan dan telah dinaiktaraf sebanyak dua kali. Kali pertama pada tahun 2019 dan terbaru September lepas. Walaupun mereka turut menawarkan varian elektrik yang dinamakan EX90, keduanya mempunyai pasaran yang tersendiri.
Generasi terawal XC90 mempunyai tempah hayat yang panjang selama 14 tahun. Ia mula diperkenalkan pada 2002 dan kekal di pasaran sehingga 2016. Rasa-rasa model sekarang mungkin akan kekal untuk tempoh yang agak lama kalau pun tak menyamai rekod generasi pertama. Malah XC90 merupakan model ketiga paling laris Volvo selepas XC60 dan XC40.
Tambahan pula kedua model menarik minat pelanggan yang berbeza. EX90 juga adalah lebih mahal berbanding XC90 dan itu juga mungkin salah satu faktornya. Logiknya pembeli mestilah akan memilih varian yang lebih murah.
Walaupun begitu Volvo masih mahu Kesatuan Eropah mengikut perancangan asal untuk mengharamkan pengeluaran kenderaan berenjin ICE menjelang 2035. Malah dengan berakhirnya pengeluaran enjin disel, Volvo percaya ICE sekarang masih wujud dengan tambahan masa kecederaan.