Motosikal

WARNA BAHARU HONDA CB500R DAN CB500F, KINI DENGAN LAMPU LED DAN TANGKI LEBIH BESAR

Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan Honda CBR500R dan CB500F model 2017 dengan skema warna baharu.

Kedua-dua jentera ini didatangkan dengan enjin 2 selinder sebaris 471cc DOHC dengan system penyejuk cecair. Kebuk pembakaran bersaiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa yang luar biasa iaitu 37KW pada 8,500 rpm dan tork maksimum mencapai 44Nm pada 7000 rpm.

BACA: BOON SIEW LANCAR HONDA CBR 250R (JANGAN KELIRU, INI BUKAN CBR 250RR)

Kapasiti tangki petrol juga telah dipertingkatkan ke 16.7 liter dalam model 2016.

CBR500R dan CB500F dilengkapi dengan pengunaan LED pada kedua-dua lampu hadapan dan lampu belakang termasuk bentuk baru yang lebih bergaya. Ciri keselamatan bagi model ini juga telah dipertingkatkan dengan dilengkapi system kunci “wave key”.

Siri model Honda 500 terbaru kelihatan lebih agresif dengan ciri-ciri lain seperti penyerap hentakan depan boleh laras, brek hadapan boleh laras dengan 5 titik penyelarasan, dan peredam ekzos lebih sporty.

Motosikal kelas pertengahan ini sesuai untuk kegunaan harian bagi siri Honda 500 ini. Ia tak terlalu besar, mudah kendali dan masih senang mencilok kalau nak ditunggang dalam kesesakan lalu lintas.

CBR500R dan CB500F Baharu boleh didapati di Honda Impian Honda Shop bermula esok 23 Mei 2017 dengan pilihan tiga warna:

Kuning (Lemon Ice Yellow) – Baharu

Merah (Millennium Red)

Hitam (Matt Gunpowder Black)

Ia datang dengan dua pilihan iaitu dengan ABS dan tanpa ABS. berikut ialah harga jualan bagi kedua-dua model tersebut.

CBR500R  – RM 31,681.28 (STANDARD) RM 35,179.28 (ABS)

CB500F     – RM 31,363.28 (STANDARD) RM 34,861.28 ABS)

GALERI

Google ads
Back to top button