Buletin

VW PERKENAL APLIKASI ONEFOOTBALL BRASIL

Volkswagen beru-baru ini mengumumkan pelancaran global aplikasi Onefootball Brasil sempena perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil bermula 13 Jun hingga 14 Julai. 

VW-onefootball-brasil-mekanika (1)

Sudah boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play dan Windows Phone Store, aplikasi Onefootball Brasil bertindak selaku platform sehenti untuk peminat tegar bola sepak dalam mendapatkan berita dan maklumat terkini mengenai pertandingan sukan terbesar di dunia itu.

Memaparkan antara muka yang mesra pengguna, para peminat bola sepak boleh mendapatkan kemas kini secara serta-merta berkaitan pasukan kegemaran mereka serta keputusan perlawanan melalui satu saluran maklumat secara langsung. Mereka juga boleh terlibat dalam setiap perlawanan dengan menyatakan ramalan keputusan dan mengundi ‘Pemain Terbaik Permainan’ (Man of the Match) dalam setiap perlawanan.

VW-onefootball-brasil-mekanika (2)

“Sama ada di Jerman atau Malaysia, Brazil atau England, seluruh dunia akan mengalami demam bola sepak pada Jun dan Julai ini. Kami percaya aplikasi ini memberi peluang terbaik kepada Volkswagen untuk membantu meningkatkan lagi pengalaman Piala Dunia FIFA 2014 dalam menyatukan peminat-peminat kami di seluruh dunia,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Christoph Aringer.

Selari dengan penglibatan Volkswagen dalam sukan paling popular di dunia ini, Volkswagen Group Malaysia (VGM) juga akan menganjurkan satu peraduan yang menawarkan sebuah Polo Sedan sebagai hadiah utamanya.

VW-onefootball-brasil-mekanika (3)

Berlangsung mulai 22 Mei hingga 13 Julai, para peminat Volkswagen dan orang ramai hanya perlu pergi ke mana-mana bilik pameran Volkswagen di seluruh negara dan pandu uji apa jua kenderaan dalam rangkaian model Volkswagen untuk peluang memenangi sebuah Polo Sedan.

Dilancarkan pada tahun 2013, Polo Sedan yang memiliki kejuruteraan Jerman dan dipasang di Malaysia menawarkan prestasi penuh semangat dengan jumlah tork terbaik dalam kelasnya iaitu 153Nm @ 3,800rpm. Namun ia tetap menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan iaitu 6.5 liter bagi setiap 100km, sekali gus membolehkan pemandu bergerak sejauh 15.4km bagi setiap liter.

VW-onefootball-brasil-mekanika (1)

Tidak sekadar memiliki  kualiti pemanduan yang hebat, Polo Sedan juga hadir dengan ciri keselamatan terbaik. Ini termasuklah dua beg udara dan dua beg udara sisi, Intelligent Crash Response System (ICRS), tingkap dengan ciri anti-pinch pada keempat-empat pintu, tali pinggang keledar tiga poin untuk penumpang belakang, pemegang kerusi kanak-kanak (sistem ISOFIX), sistem penggera anti kecurian serta sistem brek anti kunci (ABS).

Maklumat lanjut mengenai aplikasi Onefootball Brasil, sila layari laman web: www.onefootball.com/brasil-by-volkswagen. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian kenderaan Volkswagen atau lokasi pengedar sah berhampiran, sila layari laman web  www.volkswagen.com.my hari ini. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button