Peranti

GALAXY LIFE BELANJA TONTON X-MEN

Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini memberi ganjaran kepada para pelanggan setianya dengan menjadikan mereka sebagai kumpulan yang terawal menonton filem sains fiksyen, X-Men: Days of Future Past

Samsung-life-x-men-mekanika (8)

Ganjaran itu diberikan menerusi aplikasi platform kesetiaan pelanggan yang dikenali sebagai GALAXY Life. Aplikasi ini membolehkan pelanggan menikmati pelbagai tawaran istimewa pada setiap hari, minggu dan bulan.

Samsung-life-x-men-mekanika (5)

“Sejak pelancaran GALAXY Life, para pelanggan kami telah menerima kejutan pada setiap hari dalam telefon bimbit mereka. Antaranya ialah minuman Frappucino percuma daripada Starbucks, aiskrim Baskin Robbins, tiket wayang GSC dan banyak lagi!

“Justeru, kami amat teruja dengan prebiu filem pada hari ini. Kami tidak sabar untuk terus menawarkan lebih banyak tawaran eksklusif dan kejutan kepada semua pelanggan,” kata  Naib Presiden Perniagaan IT dan Mobile, Samsung Malaysia Electronics, Ng Long Shyang.

Samsung-life-x-men-mekanika (7)

Sempena tayangan perdana filem X-Men: Days of Future Past, Samsung menawarkan lebih 3,600 keping tiket untuk pengguna GALAXY. Mereka boleh menebus tiket tersebut di GSC Pavilion, GSC Mid Valley, Kuala Lumpur; GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang dan GSC AEON Bandaraya, Melaka.

Pengguna GALAXY boleh memuat turun aplikasi GALAXY Life menerusi Google Play Store secara percuma, login menggunakan akaun Samsung masing-masing dan menebus tawaran yang ada.

Samsung-life-x-men-mekanika (6)

Dengan GALAXY Life, pengguna GALAXY akan menerima kandungan personal serta eksklusif yang dioptimumkan untuk peranti mereka pada setiap minggu dan bulan.  GALAXY Life turut menyediakan tawaran daripada rakan-rakannya seperti McDonald’s, Auntie Anne’s, Boost Juice Bars, Secret Recipe, GSC dan banyak lagi.

GALAXY Life boleh dimuat turun pada semua telefon pintar, tablet atau kamera Samsung GALAXY yang menggunakan Android 4.2 (Jelly Bean) dan ke atas. Maklumat lanjut mengenai Samsung GALAXY Life, sila layari laman web: http://www.samsung.com/my/galaxylife atau ikuti hashtag, #mygalaxylife.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button