,
Buletin

VW TAWAR SERVIS WALNUT BLASTING DECARBONIZER – BERMULA RM515 SAHAJA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan servis Walnut Blasting Decarbonizer kini ada ditawarkan semua pengedar sahnya.

Menjadi sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares, servis itu boleh didapati pada harga serendah RM515 dan dicadangkan sebagai satu langkah preventif bagi setiap 45,000km.

Volkswagen Walnut Blasting Decarbonizer menggunakan kulit kayu walnut untuk menghilangkan karbon yang melekat di dalam enjin bagi menawarkan pemanduan lebih bersih dan lancar.

Diperakui dan diluluskan oleh Volkswagen AG, langkah ini dilihat lebih ekonomikal, efisien dan tidak menghakis kerana ia tidak menggunakan bahan kimia berbahaya.

Semua kereta dengan enjin pancitan terus yang menggunakan bahan api akan menghasilkan deposit karbon akibat kesan proses pembakaran, ia kemudian menyebabkan prestasi enjin menjadi lembab.

Selepas bertahun-tahun, ia akan membentuk jelaga yang keras di sekeliling injap pengambilan. Jelaga tersebut menimbulkan halangan di dalam enjin dan membuatkan enjin hilang kuasa, panas dan penggunaan bahan api lebih tinggi.

Selain daripada lampu amaran Electronic Power Control dan enjin menyala, simptom lain ialah bunyi melahu yang kasar, pecutan tidak lancar, cetusan terputus-putus dan bunyi ketukan (knocking). 

Promosi selepas jualan lain yang sedang berlangsung sekarang

Penyerap Hentak

Pemilik sedia ada boleh mendapatkan pemeriksaan percuma di pusat servis Volkswagen. Manakala mereka yang perlu menukar penyerap hentak akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20% daripada harga asal. Diskaun ini ditawarkan ke atas penyerap hentak dan pegas gegelung tulen Volkswagen.

Tayar  

Sebagai sebahagian daripada promosi tayar yang telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini, nikmati tayar berkualiti pada harga bermula serendah RM184 serta dapatkan faedah-faedah tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan seimbangan secara percuma yang didatangkan bersama pakej tayar.

Bateri

Pelanggan yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% ke atas bateri baharu pada harga bermula RM355 (bergantung kepada model), di bawah promosi bateri sedia ada. Promosi ini juga telah dilanjutkan sehingga hujung tahun. 

Pemilik Volkswagen boleh memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares untuk mendapatkan kemas kini tentang inisiatif Volkswagen Cares yang lain.

Tags
Google ads
Back to top button