
VW TRANSPORTER AKHIRNYA BERGABUNG DENGAN THE TRANSPORTER – STEADY ABANG JASON
Ia merupakan satu gandingan yang tidak disangka-sangka. Aktor terkenal British, Jason Statham yang popular dengan dengan watak utama The Transporter bakal mengepalai kempen pengiklanan model terbaru VW: Volkswagen Transporter T7.

Diperkenalkan kepada umum pada bulan Ogos lepas, Transporter baharu dan model kembarnya, Caravelle didedahkan secara rasminya di pameran kenderaan komersil Hanover.
Bersesuaian dengan namanya, VW telah mendapatkan khidmat Statham untuk mempromosikan van mereka yang terbaru. Siapa tak kenal dengan Statham yang memegang watak Frank Martin dan tiga siri francis The Transporter. Beliau membawa watak seorang bekas anggota SAS dan pemandu handalan yang menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan.

Watak Statham kemudian diberikan kepada pelakon lain untuk filem keempat yang berjudul The Transporter Refueled. Ia bagaimana pun tidak memberikan impak yang sama seperti filem-filem lakonan Statham.
Tentu ramai yang dah tahu, yang VW baharu ini memang berbeza dari kereta-kereta yang pernah digunakan oleh The Transporter. Tapi tak kisahlah sebab ini hanya untuk iklan semata-mata.

