Artikel Pilihan

AUDI R8 TERPUTUS DUA DALAM KEMALANGAN – BERSEMADILAH DENGAN AMAN

Kebelakangan ni banyak betul kemalangan melibatkan supercar di seluruh dunia. McLaren Senna langgar dinding di Jerman, sebuah LaFerrari jahanam dalam kemalangan di Beverly Hills dan terbaru ialah sebuah Audi R8 di sempadan Austria berhampiran Itali.

Berbeza  dengan dua kemalangan sebelumnya, Audi ni dah kira ‘total lost’. Tengok gambar-gambar ini dan anda tahu kenapa. Supercar Jerman ini terputus dua selepas dilangggar oleh van Volkswagen Transporter.

Pemandunya dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan begitu juga dengan pemandu van terbabit. Keduanya bagaimanapun tetap dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Masa dua jam diambil oleh pihak berkuasa untuk membersihkan lokasi kemalangan sebelum laluan dibuka semula kerana terdapat tumpahan bendalir yang agak banyak.

Tapi kami memang respek dengan pihak berkuasa di sana, bayangkan kesan tumpahan minyak brek, petrol dan macam-macam lagi dibersihkan serta merta dengan menggunakan jentera khas. Memang berbaloi la bayar cukai jalan mahal kalau macam ni.

BACALAH: TMJ PUN BAWAK KANCIL, KENAPA KITA MALU BAWAK PROTON WIRA?

Punca kemalangan belum diketahui tetapi dikatakan pemandu R8 terbabit membuat kesilapan kerana gagal menilai permukaan jalan yang basah ketika itu dan gagak mengawal supercar berkuasa enjin V10 semasa kejadian. Lokasi kejadian juga merupakan jalan yang basah dan berselekoh.

 

Bahagian depan van terbabit mengalami kerosakan selain tayar hadapan yang hampir tercabut. Tapi ia kelihatan ringan berbanding Audi R8 yang memang terputus dua terus. Bahagian belakang dan hadapan  yang terpisah jauh antara satu sama lain memang kelihatan mengerikan tetapi menariknya bahagian kokpit langsung tidak terjejas. Ia merupakan bukti bahawa struktur casis R8 memang mampu memelihara nyawa pemandu dan penumpang walaupun dalam kemalangan seperti ini.

Harap-harap ini bukan kereta potong sambung balik la kan? Dulu negara kita pernah kecoh dengan kereta potong sambung balik. Nak untung pun agak-agak la, nyawa orang tu brader.

Google ads
Back to top button