Buletin

WANITA KENA TINGGAL PEMANDU E-HAILING DI LEBUH RAYA PLUS

Pemandu e-hailing tinggalkan pelanggan di tepi jalan. Itulah situasi malang yang terpaksa dihadapi seorang wanita apabila ditinggalkan sendirian di lorong kecemasan di Kilometer 452 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan.

Difahamkan, mangsa ditinggalkan tanpa sebab oleh pemandu e-hailing terbabit.

Bagaimanapun, wanita yang identiti dan umurnya belum dikenal pasti itu bernasib baik apabila dibantu oleh anggota polis kenderaan peronda lebuh raya (EMPV), Koperal Mohd Jefri Yaakob.

Difahamkan, Mohd Jefri bertugas di Sektor A1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) segera menghulurkan bantuan ketika melihat mangsa bersendirian di kawasan berkenaan.

Malah, Mohd Jefri juga dilaporkan menghantar wanita terbabit pulang ke rumahnya di Taman Bandar Tasek Puteri Rawang yang juga berada berhampiran sektor kawasan tanggungjawab Petugas Empv terbabit.

Harian Metro kini sedang berusaha mendapatkan ulasan daripada pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan. – Harian Metro

Google ads
Back to top button