Buletin

WANITA LANGGAR 2 ORANG PESERTA LARIAN POSITIF DADAH ERAMIN 5

Polis telah berjaya menahan seorang pemandu wanita yang didakwa melanggar dua orang peserta acara Larian KL Marathon di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) semalam.

Suspek yang berusia 25 tahun dikatakan menyewa kereta Honda City berwarna putih daripada sebuah syarikat sewa kereta. Syarikat itu kemudian membuat laporan polis yang membolehkannya ditahan di Taman Emas, Kepong kira-kira jam 11.10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat memberitahu pihaknya menemui enam biji pil Eramin 5 dan suspek positif dadah.

Wanita itu juga memiliki satu saman lampau akibat kemalangan jalan raya yang masih belum dijelaskan.

Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sampel darahnya diambil untuk dianalisa oleh Jabatan Kima bagi tujuan porses ujian darah.

Terdahulu, timbul laporan dua orang lelaki cedera kerana dilanggar oleh sebuah kereta ketika menyertai acara larian berkenaan.

Google ads
Back to top button