Buletin

HARGA ANGGARAN MAZDA CX-5 TURBO AWD – RM176,899 SEUNIT

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Bermaz Motor sudah melancarkan model SUV paling berkuasanya ke pasaran tempatan.

Sehingga kini, Bermaz masih belum mengumumkan secara rasmi harga Mazda CX-5 Turbo AWD. Namun, hasil risikan sumber dalaman kami, jentera itu dikatakan bakal ditawarkan pada harga anggaran RM176,899.

Memang harganya agak tinggi berbanding SUV segmen C yang lain. Tetapi, apabila difikirkan secara mendalam, model ini tiada pesaing secara langsung. Apatah lagi, Mazda kini sedang menuju untuk menjadi satu jenama premium dari Jepun.

Dengan pengenalan Mazda CX-5 Turbo AWD, ia melengkapkan lagi tawaran SUV popular itu kepada pengguna di Malaysia. CX-5 kini ditawarkan dalam enam varian seperti berikut:

2.0 Skyactiv-G GL 2WD Arctic White — RM134,721
2.0 Skyactiv-G GL 2WD — RM138,500
2.0 Skyactiv-G GLS 2WD — RM154,753
2.5 Skyactiv-G GLS 2WD — RM166,470
2.2 Skyactiv-D GLS 2WD — RM170,294
2.5 Turbo Skyactiv-G GLS AWD — RM176,899

Varian 2.5L dijana oleh enjin empat selinder Skyactive-G 2.5L turbocharged. Ia mampu menghasilkan kuasa 230PS dan tork 420Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke kesemua roda menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.

Saya berpeluang memandu model ini untuk ke Pulau Pinang bagi menghadiri acara pandu uji Mazda CX-8. Apa yang saya boleh katakan, CX-5 Turbo AWD memang sangat laju dan mengujakan.

Jentera itu didatangkan dalam lapan pilihan warna menarik iaitu merah, kelabu, putih mutiara, biru, perak, hitam dan putih.

Google ads
Back to top button